Khamis, 11 Mac 2010

SELAMAT DATANG KE BLOG OH MY SWEET HOME

Dalam blog ini saya akan post berkenaan hobi saya yang seterusnya iaitu deco-deco rumah dan hiasan tanaman...Jadi lebih mudah dan senang nak baca untuk buat rujukan...sebelum ni saya campur aduk deco-deco dalam blog masakan dan resepi saya FIEZA DELIGHTS....Sekarang tak payah nak pening-pening kepala...untuk deco dan tanaman saya asingkan dalam blog OH MY SWEET HOME....blog ni dah lama wujud tapi cuma tak aktif jer...Jadi, sudah tiba waktunya blog ini akan aktif semula...

Saya akan kongsikan tips-tips penjagaan bunga, pokok sayuran yang saya tanam....Saya bukanlah profesional dalam bab-bab menanam...saya just "try and error"...info yang saya baca dalam internet, blog-blog,penjelajahan dalam youtube saya cuba aplikasikan dan cuba pada pokok-pokok saya. Ada yang jadi dan ada yang tidak...Semuanya saya cuba kongsikan di blog saya untuk rujukan sendiri dan sesiapa sahaja yang berminat...

Betullah....menanam juga kena ada skill dan caranya...bukan main hentam keromo jer...cara penyediaan medium, pemilihan tanah yang sesuai, benih yang elok, baja yang sesuai dan teknik penjagaan pun perlu untuk membolehkan pokok hidup subur dan sihat. Bila tengok pokok-pokok kita hidup subur, berbuah dan berbunga dengan meriah, kegembiraannya memang sukar untuk digambarkan...Orang yang minat berkebun je tahu feelingnya macamana...

Bab deco rumah pulak, saya akan kongsikan cara saya mendeco sesimple mungkin mengikut citarasa saya sendiri...kos pun ciput, jadi ikut kemampuan...just untuk rujukan diri sendiri dan simpanan peribadi....sesiapa berkenan boleh tengok2 yer jangan kutuk sudahlah....

Semoga bermanfaat untuk semua....Hidup mesti chill kan....hidup hanya sekali....Jadi buat apa yang kita nak dan minat selagi kita mampu....cuma jangan menyusahkan orang lain sudah...

Ikhlas dari penulis blog
😍