Assalamualaikum dan selamat pagi...
 |
Hasil kebunku... Kangkung, tomato & cilipadi |
Hari ni nak update hasil kebun tepi rumah yang berjaya dituai.... Walaupun hasilnya seciput tapi sekurang-kurangnya tercapai hajat nak merasa hasil tanaman sendiri...
Cili padi sedia-sedia dipetik di tepi laman begitu juga kangkung lebih 3x dipetik sehingga sekarang masih hidup subur... Tapi kali ni rezeki saya dapat merasa tomato hasil tanaman sendiri.... Excitednya lain macam... 2 biji tomato yang telah masak ranum... Bolehlah dimasak asam pedas... Hehe...
 |
Cili padi |
Cili padi... Alhamdulillah sejak mula berbuah, memang pokok tak henti-henti mengeluarkan bunga dan berbuah.... Sekarang ni kalau nak guna cili padi memang tak payah beli dah....
 |
Pokok kangkung |
Kangkung pulak.... Dah kali ke-3 di petik.... Pokok masih hidup subur dan sentiasa mengeluarkan pucuk-pucuk baru....
 |
Buah tomato dah masak ranum |
Tomato.... Tak sangka sebenarnya boleh merasa buah tomato tanam sendiri... Aduhai excited sangat.... Setakat ni 2 biji buah tomato berjaya dipetik...
 |
Cili padi & tomato dipack kemas barulah disimpan di dalam peti bagi mengekalkan kesegarannya...
|
Tips tanaman hidup subur senang jer... Cukup cahaya,cukup air, cukup baja... InshaAllah...tanaman hidup subur...
HAPPY GARDENING!!!🥰🥰😍😍