Selasa, 24 Mac 2020

ROSE JEPUN CARNATIONKU... ALAHAI MELTINGNYA TENGOK....

Assalamualaikum dan selamat malam....



Entry sebelum ni berkaitan tapak pasu yang saya letak untuk rose jepun carnation saya... Masa tu sempat letak 10 tapak jer... Alhamdulillah sekarang dah settle semua... 20 pasu rose jepun carnation dah ada kaki baru hehe...

Jom tengok koleksi rose jepun carnation saya.... Alahai... Saya tengok hari-hari pun dah melting.... Sejuk jer mata memandang....


























Cantik kan.... Dah letak tapak  baru kat pasu-pasu tu lagilah berseri-seri laman rumah.... Terserlah keindahan rose-rose jepun carnation ni... Hari-hari tengok pun tak jemu mata memandang.... ❤๐Ÿงก๐Ÿ’›๐Ÿ’œ๐Ÿ’š๐Ÿ’™

ROSE JEPUN CARNATION DAH ADA KAKI BARU

Assalamualaikum dan selamat malam...

Alkisahnya dah lebih sebulan usia rose jepun carnation ni... Alhamdulillah pokok makin gemuk.... Bunga pun dah banyak...tapi tulah akarnya dah terkeluar dari dasar pasu dan mencengkam tanah.... Kena buat sesuatu ni... Kena alas dasar pasu supaya akar pokok ni tak jejak tanah...



Akar pokok dah mula keluar dari dasar pasu. 


Akar mencengkam kuat tanah. Nak tarik pasu pun susah... Huhu... 

Bukan pe... Takut bila dah akar cecah tanah, ia akan menyerap nutrien yang berlebihan dari tanah... Nanti mabuk daun tak nak keluar bunga pulak...

Tapak pasu yang saya beli



So,saya belikan tapak baru untuk rose jepun carnation ni...kedudukan pokok bunga lebih tinggi dan lebih cantik...

Jom cuci-cuci mata tengok koleksi rose jepun carnation setelah mendapat kaki baru.... Hehe...










Cun kan lepas dipakaikan kaki baru pasu-pasu rose jepun carnation ni... Tapi baru sempat boh 10 kaki.... Esok-esok pasang pulak kaki untuk pasu-pasu yang lain yer...

KHASIAT BAJA KULIT TELUR




Baja organik kulit telur

Baja organik yang diperbuat daripada kulit telur amat bermanfaat dalam membekalkan kalsium bagi tanaman.


Dalam kulit telur mengandungi komposisi nutrien yang baik untuk tumbesaran tanaman. Ia terdiri daripada:
94% kalsium karbonat
1% magnesium karbonat
1% kalsium fosfat
4% bahan organik terutamanya protein.
Bahan-bahan sangat membantu tanaman hidup dengan subur.


Antara fungsi kalsium daripada kulit telur ini ialah :
1. Memberi daya tahan pokok/ menguatkan tanaman.
2. Mengeraskan batang/kayu pokok.
3. Merangsang pertumbuhan akar.
4. Merangsang pertumbuhan biji/bunga/buah.


Baguskan baja organik kulit telur ni.... So,  jangan buang kulit-kulit telur lepas ni yer... Kumpul dan buat baja organik...


HAPPY GARDENING!!!๐Ÿ˜‰




BAJA ORGANIK DARIPADA KULIT TELUR

Assalamualaikum dan selamat malam...

Baja organik kulit telur


Dah beberapa hari terkurung di rumah disebabkan perintah kawalan pergerakan akibat covid-19...hmmm.... Tapi ada juga yang masih berdegil dok kumpul ramai-ramai... Alahai kenapalah susah sangat nak ikut arahan.... Kena virus tu nanti baru tau....


Asbab terkurung di rumah jer maka pergerakan keluar rumah dibataskan dan stok barang dapur pun bertambah especially telur... Dah namanya dok rumah memang memasak jelah kerjanya...lauk paling senang goreng telur.... Maka banyaklah lambakan kulit telur... Kulit-kulit telur tu jangan dibuang yer.... Boleh proses jadi baja organik...


Baja daripada kulit telur ni banyak khasiatnya kerana ia mampu membekalkan kalsium untuk pokok... Cara yang paling efektif kita proses jadikan serbuk dan tabur jer keliling pokok... Mampu membantu kesuburan pokok...


Jom saya share cara nak buat baja organik daripada kulit telur ni....

Kumpulkan kulit telur,bersihkan dan hancurkan. 


Masukkan ke dalam loyang.


Masukkan ke dalam air fryer untuk dibakar. Kalau takde air fryer bakar je atas api/oven ataupun jemur jer kulit telur tu kat panas sampai kering. Saya nak cepat guna air fryer jer lagi mudah. 


Bakar pada suhu 200'c selama 15 minit dan biarkan sejuk. 


Masukkan ke dalam pengisar kering dan kisar hingga jadi serbuk. 


Kisar sampai habis.Masukkan dalam bekas kedap udara. Bolehlah digunakan sebagai baja organik untuk tanaman terutamanya sayuran. Tabur jer keliling pokok 2 minggu sekali. 


HAPPY GARDENING!!!๐Ÿ˜‰

Isnin, 16 Mac 2020

ROSE JEPUN CARNATIONKU

Assalamualaikum dan selamat malam...

Cuti sekolah tapi tak boleh ke mana-mana... Hmmm covid19...perlu lebih berjaga-jaga...
Dok rumah jer kan...so, belek-belek dan belai-belai bunga kesayangan.... Ada juga aktiviti... tak lah boring....boleh keluar peluh.... Laman pun cantik...

Jom saya up gambar-gambar rose jepun carnation koleksi saya yang terkini...




























Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya... Allah menjadikan sesuatu atau mendatangkan sesuatu itu pasti ada sebabnya... Supaya kita sentiasa beringat...

Ya Allah.... Moga keadaan akan reda seperti biasa.... Amiin...




Sabtu, 7 Mac 2020

ROSE JEPUN CARNATION

Assalamualaikum dan selamat malam...

Hari ni nak up rose jepun carnation...setelah sebulan lebih usianya...dah mula berbunga meriah... Alhamdulillah....cukup cahaya, baja & air itu tipsnya....dengan izin Allah....












Jom jamu mata lagi....


Pink batik

Pink

Kuning peach

Kuning

Oren

Oren cair

Merah cair

Purple batik

Merah

Pink gelap

Putih

Oren kekuningan

Purple