Memaparkan catatan dengan label BAJA NASI BASI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BAJA NASI BASI. Papar semua catatan

Khamis, 13 Februari 2020

BAJA NASI BASI UNTUK POKOK BUNGA RAYA YANG KEKERINGAN

Assalamualaikum dan Salam Jumaat...

Berkebun sememangnya antara minat saya selain mem'baking' dan men'deco'...Oleh kerana sebelum ini kawasan perumahan sering dimasuki sang kambing-kambing belaan orang yang datang tanpa diundang, maka habis tanaman hiasan saya dimakannya...huhu...saya frust selepas itu untuk menanam...habis bunga-bunga ros saya diratahnya...sejak itu, saya pendamkan saja minat saya ini...

Alhamdulillah, tahun ini saya berpindah ke taman perumahan yang tiada kelibat kambing dan lembu...maka minat dan impian saya pasti boleh direalisasikan...dan tak sampai setahun saya duduk di sini, penuh dah tepi halaman rumah saya dengan tanaman bunga-bunga dan sayur-sayuran...yelah, minat dah lama terpendam kan...dapat peluang memang tak akan dilepaskan...even sampai waktu malam pun saya sanggup menanam pokok yer...gila menanam punya pasal...hehe...

Bila dah menanam banyak ni, ada juga cabarannya...yang paling mencabar bila terpaksa tinggalkan rumah untuk beberapa hari....hmmm...alamatnya...pokok kering tak berjiruslah nampaknya kalau hujan tak turun...itulah yang berlaku kepada pokok-pokok saya....setelah terpaksa ditinggalkan selama seminggu tanpa air, ada pokok yang hampir mati kekeringan...pokok yang menggunakan medium tanaman campuran tanah merah dan hitam lebih cepat kering berbanding pokok yang menggunakan medium tanah kompos...lepas ni tahulah saya...bila nak tanam bunga dalam pasu bunga guna jer tanah kompos terus...sebab tanah jenis ni lebih tahan lembapan...berbanding tanah merah yang cepat kering...


Pokok Bunga Raya kuning saya sebelum ditinggalkan...meriah dengan bunganya kan....

Salah satu mangsa yang mengalami kekeringan selepas seminggu ditinggalkan ialah pokok bunga raya kuning saya....Pasu-pasu lain saya gunakan tanah kompos, pokok-pokoknya masih bertahan walaupun layu tetapi pokok bunga raya kuning ni keadaannya sangat menyedihkan....tinggal ranting jer habis luruh semua daunnya...sedih sangat-sangat...



Luruh habis daun dan bunganya....saya terpaksa trim semula ranting-rantingnya dan cantas bagi pendek...Siram air dan gembur semula tanahnya...harapan menggunung semoga pokok bunga raya kuning ini  masih panjang umurnya...Kalau tengok keadaanya macam tiada harapan lagi untuk hidup kan...


Saya tidak berputus asa....Apa saya buat selepas itu, saya tabur baja nasi basi keliling pasu dan gemburkan tanahnya semula...


SELEPAS 5 HARI  ditabur baja nasi basi, kelihatan batang pokok bunga raya tersebut lebih segar dan ada tanda-tanda daun baru akan muncul...




SELANG 5 HARI KEMUDIAN, jangkaan saya benar...pucuk-pucuk baru dan daun-daun baru mula keluar...Alhamdulillah, masa ini saya dah mula boleh tersenyum...






SELEPAS 2 MINGGU LEBIH (21/1/2019-7/01/2020)...Daun-daun mula lebat dan kudup-kudup bunga mula muncul menandakan pokok bunga raya ini akan berbunga kembali...





dan GAMBAR TERKINI (13/2/2020)...selepas 2 bulan...Pokok bunga raya kuning kesayangan saya berbunga kembali...Syukur...Subur seperti dulu....Saya mampu tersenyum sampai ke telinga...

pokok bunga raya saya berbunga kembali....

kuning menyerlah....melting....Syukur....

Apa yang saya nak kongsikan di sini...kalau ada nasi basi jangan dibuang, tabur jer atas tanaman anda...inshaAllah jadi baja....dan pokok akan bertambah subur dengan izin Allah...



SELAMAT BERKEBUN!!!

BAJA NASI BASI UNTUK PEMULIHAN POKOK BUNGA KERTAS YANG KEKERINGAN

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Entry kali ini berkaitan kesan positif baja nasi basi terhadap pokok bunga kertas saya yang hampir mati kekeringan...

Tinggal ranting jer....huhu...

Tengok macam takde harapan nak hidup jer kan....sedih masa ni....

Akibat ditinggal seminggu tanpa dijirus dan hanya mengharapkan turunnya hujan namun hujan tak turun akhirnya pokok bunga kertas kesayangan saya yang lebat berbunga hampir mati kekeringan....Luluh hati saat melihat pokok-pokok yang dulunya meriah dengan bunga hanya tinggal ranting kekeringan....







Namun, saya tidak berputus saya...Saya cuba aplikasikan baja nasi basi keliling batang pokok...
Alhamdulillah, ianya memberi kesan positif...Dari hari ke hari pokok-pokok itu mengeluarkan pucuk-pucuk dan daun-daun baru....




SELANG BEBERAPA HARI (21/12/2019-27/12/2019)
Lebih kurang 2 minggu selepas baja nasi basi ditabur, kelihatan daun-daun dan pucuk-pucuk baru mula timbul....perkembangan yang sangat positif.








SELEPAS  2 MINGGU KEMUDIAN (5/01/2020 &7/01/2020)
Daun-daun semakin lebat dan subur....masa ni dah boleh senyum dah....










SELANG BEBERAPA HARI(28/01/2020)
Lebih kurang 3 minggu selepas itu, pokok-pokok bunga kertas saya mula mengeluarkan bunga...Alhamdulillah....senyuman pun semakin lebar....












dan.... GAMBAR TERKINI (7/02/2020)....taraaaa....
Lebih kurang 10 hari selepas itu...bunga semakin meriah dan lebat....senyuman hingga ke telinga nampak gayanya....Syukur....










Ini bermaksud pokok-pokok bunga kertas saya ni mengambil masa lebih kurang hanya 2 bulan untuk  mengeluarkan bunganya semula... Berkat baja nasi basi....
Betullah perumpamaan... 'usaha tangga kejayaan'...jangan mudah berputus asa....

Seakan tak percaya pokok-pokok bunga kertas ini boleh hidup subur semula dengan izin Allah dan asbab baja nasi basi....Syukur sangat-sangat....


#  Oh ya!!! bila pokok-pokok dah mula mengeluarkan bunga, bolehlah dibaja dengan baja bunga sesudu kecil seminggu sekali untuk menggalakkan pengeluaran bunga yang lebih banyak....


Jadi, lepas ni kalau ada nasi basi jangan dibuang...buat jer baja untuk tanaman...sangat bermanfaat....


SELAMAT BERKEBUN!!!

Ahad, 9 Februari 2020

GUNA NASI BASI UNTUK PEMULIHAN POKOK YANG NAK MATI

Assalamualaikum dan selamat petang....

Hari ini saya nak berkongsi tips memulihkan pokok yang hampir mati kekeringan/layu....Guna nasi basi jer...Jadi lepas ni nasi yang basi jangan dibuang...tabur jer keliling tanaman anda...InshaAllah akan subur semula....

Tips nasi basi ini saya telah cuba aplikasikan pada pokok-pokok cili saya yang layu dan hampir mati....begitu juga untuk pokok-pokok bunga kertas, bunga ros dan bunga raya saya yang hampir mati kekeringan akibat kekurangan air...Alhamdulillah, setelah ditabur nasi basi, pokok ini hidup subur dan mengeluarkan bunga dan buah....


Ni pokok-pokok cili saya...Asalkan saya semai biji cili menggunakan kaedah hidroponik dan anak pokok cili hidup segar. Setelah beberapa minggu, anak pokok telah besar dan perlu dipindahkan ke pasu untuk menggalakkan pengeluaran buahnya... Malangnya setelah dipindahkan ke dalam pasu, pokok-pokok ini mula layu dan hampir mati. Mungkin terkejut kot....sedih sebenarnya waktu itu, yelah asalnya segar bugar, sehari lepas tu nampak macam nak mati pulak....

Jadi, saya aplikasikan tips penggunaan nasi basi. saya tabur keliling pokok cili dan gaul rata....Setelah beberapa minggu, pokok cili kembali segar dan mengeluarkan daun-daun baru.

Setelah pokok cili mengeluarkan tanda-tanda mengeluarkan bunga, saya pindah pokok-pokok cili ini dan tanam terus di tanah di tepi rumah....Alhamdulillah, pokok cili ini hidup subur, berbunga lebat dan sentiasa mengeluarkan cili tak putus-putus hingga sekarang. Lepas ni, kalau ada pokok-pokok yang layu, cuba guna baja nasi basi yer...InshaAllah, pokok akan subur semula...






Pokok-pokok cili saya layu dan hampir mati





Semasa proses pemulihan, saya tabur baja nasi basi keliling pokok




Gambar ni yang paling terkini....28.1.2020...masih berbuah tak berhenti...

cili besar pun ade....


Gambar ini diambil semasa bulan 12.2019. Semakin lebat berbuah...

Proses pemindahan pokok cili ke atas tanah...

Alhamdulillah, sentiasa berbunga dan berbuah...
Kalau ikutkan tarikh, 5.11.2019, baja nasi basi ditabur, 27.11.2019, pokok cili berkenaan telah mula berbunga dan mengeluarkan buah. Bermakna tak sampai sebulan proses pemulihan pokok-pokok cili ini....

Setelah beberapa minggu, pokok-pokok cili saya mula segar semula, saya pindah tanam ke atas tanah...dan alhamdulillah, hasilnya pokok cili saya sentiasa berbunga dan berbuah tidak berhenti...

Post selepas ini, saya akan kongsikan kesan baja nasi basi ke atas pokok bunga kertas dan pokok bunga ros yang hampir mati...

Jadi, selepas ini, ingat!!! nasi basi jangan dibuang, boleh dibuat baja yer...