Jumaat, 31 Januari 2020

ROSE JEPUN PASU GANTUNG

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Entry kali ni nak share gambar Rose Jepun pasu gantung yang terkini. Sangat excited tengok perkembangan pokok ini sebab ini first time saya tanam Rose Jepun dalam pasu gantung cucuk keliling pasu...Tak sabar nak tunggu perkembangannya setiap hari...



Rose Jepun berusia seminggu selepas seminggu disemai


Saya ambil gambar di atas pada pada tarikh 24.01.2010. Pada waktu itu, keratan Rose Jepun baru berusia seminggu disemai dan sedia untuk digantung kerana keratan-keratan ini telah mengeluarkan akar yang kuat dan jika digantung keratan tidak akan jatuh. Keratan Rose Jepun di bahagian atas pasu nampak layu sebab ianya hanya dicucuk selepas pasu ini digantung...yelah, semasa awal proses semaian pasu kan terpaksa diterbalikkan untuk membolehkan keratan Rose Jepun dicucuk di sekeliling pasu dahulu seperti gambar yang ditunjukkan di bawah.

Semasa proses semaian Rose Jepun gantung. Pasu perlu ditelangkupkan semasa proses semaian.




SELEPAS SEMINGGU (31.01.2020)


Rose Jepun berusia 2 minggu selepas digantung



Rose Jepun pasu gantung usia 2 minggu (sisi lain)


Nampak tak perubahan ketara perkembangan keratan Rose Jepun selepas seminggu digantung. Saya pun teruja. Pokok semakin gemuk dan subur terutamanya keratan di bahagian atas pasu telah hidup
dan cabang-cabang di keliling pasu semakin subur dan mula mengeluarkan bunga. Nampaknya cabang-cabang bunga tumbuh ke atas kan... nanti bolehlah trim untuk jadikan effect bulat konon-kononnya. Tunggu sikit hari lagi. Yes!!! perkembangan yang positif setakat ini....😍



STEP BY STEP CARA TANAM ROSE JEPUN DALAM PASU GANTUNG

Assalamualaikum dan selamat malam....

ROSE JEPUN GANTUNG BERUSIA SEMINGGU....KERATAN ROSE JEPUN DI PERMUKAAN ATAS PASU BARU DICUCUK JER SEBAB TU NAMPAK LAYU...NANTI SAYA UPDATE GAMBAR SELEPAS SEBULAN YER....


Sharing is caring kan....Entry sebelum ini berkenaan cara menebuk pasu gantung...sekarang saya nak berkongsi cara menanam keratan Rose Jepun keliling pasu gantung. Harap-harapnya pokok Rose Jepun yang terhasil akan gemuk menggebulah yer...Tak cuba mana nak tahu kan???



BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENANAM ROSE JEPUN GANTUNG:

PASU YANG TELAH DITEBUK, COCOPEAT & ALAS





CARA MENANAM ROSE JEPUN KELILING PASU GANTUNG


STEP 1 : Untuk tanam pokok Rose Jepun di dalam pasu gantung perlu sediakan Cocopeat untuk semaian. Tujuannya supaya keratan Rose Jepun mudah keluar akar. Cocopeat akan pastikan keratan akan sentiasa lembab kerana ia menyimpan air berbanding tanah yang mudah kering. Lagipun cocopeat ni kalau letak dalam pasu gantung ringan jer berbanding kalau guna tanah berat pulak pasu gantung tu nanti.



STEP 2: Sumbat cocopeat ke dalam pasu gantung yang telah siap ditebuk. Sumbat sampai penuh.




STEP 3 : Tabur baja di atas cocopeat tadi. Gaul rata.






Step 4 : Jirus cocopeat 




Step 5 : Terbalikkan pasu tadi dan alas dengan papan






Step 6 : Cucuk keratan Rose Jepun keliling pasu. Biarkan di tempat teduh untuk membolehkan keratan Rose Jepun berakar dan tidak terjatuh bila digantung.


# Setelah genap seminggu, gantung pasu di tempat yang kena cahaya matahari dan cucuk keratan Rose Jepun di bahagian atas pasu pula.

Untuk pastikan Rose Jepun sentiasa subur dan berbunga, jirus pokok 2x sehari, jirus/ sembur baja seminggu sekali dan sembur racun serangga seminggu sekali untuk elak serangga perosak. Semoga Rose Jepun yang ditanam dalam pasu gantung akan hidup subur hendaknya.
Nanti saya akan update Rose Jepun gantung selepas sebulan...Ni baru 2 minggu jer...bunga tak meriah lagi...Ingat yer Rose Jepun perlu direct matahari.



SELAMAT MENANAM!!!😍

DIY PASU GANTUNG ROSE JEPUN

Assalamualaikum dan selamat malam...


Entry kali ni masih berkisar tentang Rose Jepun tetapi kali ini saya ingin kongsikan cara menebuk pasu gantung Rose Jepun. Berbeza sedikit dengan pasu-pasu gantung sebelum ini, kali ini saya cuba tanam keratan Rose Jepun keliling pasu. Asalnya pasu ni tiada lubang keliling pasu pun tapi saya modified tebuk lubang keliling pasu bagi memudahkan keratan Rose Jepun dicucuk keliling pasu. Angan-angannya nak pokok Rose Jepun ni tumbuh gemuk dan gebu berbanding jika hanya cucuk keratan di bahagian atas sahaja. Tunggu lagi sebulan nanti tengok hasilnya yer berjaya ke tidak...takpe yang penting usaha kan...berjaya ke tidak itu lain cerita...



CARA TEBUK LUBANG KELILING PASU GANTUNG



STEP 1 : PANASKAN BESI PENEBUK



STEP 2 : TEBUK KELILING PASU




PASU YANG SIAP DITEBUK (SISI TEPI)



PASU SIAP DITEBUK (PANDANGAN DARI DALAM)




PASU SIAP DITEBUK




PASU SIAP DITEBUK (SEDIA UNTUK DIGUNAKAN)




SELAMAT MENCUBA !!!😃

CARA MENANAM ROSE JEPUN DI DALAM PASU STEP BY STEP

Assalamualaikum dan selamat malam...

Entry kali ini saya nak kongsi cara menanam Rose Jepun di dalam pasu step by step...Kalau ikut sebelum ini saya cucuk-cucuk jer keratan Rose Jepun ni dalam pasu...memanglah hidup tapi tak subur dan bunga pun tak kembang banyak...frust jer rasa...rupa-rupanya nak tanam dan jaga Rose Jepun ada caranya... Menanam juga kena ada ilmu bukan main handas jer...


Jom saya kongsikan step by step cara menanam Rose Jepun di dalam pasu :


1. Sediakan keratan Rose Jepun. Cari keratan yang segar dan sihat. Keratan batang Rose Jepun rendam di dalam air supaya keratan batang sentiasa segar.






2. Isikan tanah penuh ke dalam pasu.


Ratakan tanah di dalam pasu



3. Taburkan rata sesudu kecil baja untuk pasu kecil atau satu sudu makan baja untuk pasu besar. Gaul  tanah tersebut. Boleh guna baja biji/ baja serbuk/ baja organik.


Tabur rata baja di atas tanah dan gaul rata




4. Jiruskan air ke atas tanah. Pastikan pengaliran air baik dan tidak bertakung.


Jirus air pada seluruh tanah




5. Cucuk keratan Rose Jepun pendek-pendek ke atas tanah tadi. Cucuk hingga penuh pasu. Jarakkan setiap keratan jangan terlalu rapat. Kalau pasu kecik 15-20 keratan batang. Kalau pasu besar gandakan bilangan. Panjang setiap keratan antara (3-5 inci).

Cucuk keratan Rose Jepun memenuhi pasu.



6. Letak pasu di tempat sedikit redup selama seminggu untuk membolehkan keratan Rose Jepun mengeluarkan akar. Selepas itu pindah ke tempat yang direct terus cahaya matahari untuk membolehkan Rose Jepun rajin mengeluarkan bunga.



 TIPS PASTIKAN ROSE JEPUN HIDUP SUBUR :
# Jirus pagi  dan petang.
# Tabur baja seminggu sekali.
# Sembur racun serangga/cuka kayu/racun organik untuk mencegah  serangan kutu/ serangga perosak.



SELAMAT MENANAM!!!😊

Isnin, 27 Januari 2020

KOLEKSI ROSE JEPUN

Assalamualaikum dan selamat malam...

Kali ni saya nak kongsikan koleksi rose jepun yang telah saya tanam...Benih keratan rose jepun ni kebanyakan saya beli secara online...Ada 3 jenis koleksi rose jepun yang saya ada iaitu Rose Jepun selapis, Rose Jepun jambul dan Rose Jepun Carnation...Setiap jenis Rose Jepun saya tanam di dalam pasu yang berbeza bentuk supaya senang nak kenalpasti dan mengelakkan kekeliruan...

Jom cuci-cuci mata...


KOLEKSI ROSE JEPUN SELAPIS
Untuk koleksi Rose Jepun selapis saya tanam dalam pasu 'rectangle'...Setakat ni terdapat lebih kurang 20 jenis Rose Jepun selapis...

putih belang kuning

peach pink

putih belang pink

peach pink (shape bunga berbeza)

putih belang pink

kuning belang oren

pink belang kuning

pink gelap

purple

kuning oren

putih belang merah

kuning belang pink

oren kemerahan

pink kekuningan

pink belang kuning

putih bintik pink

merah keorenan

kuning kemerahan

merah kekuningan

purple kekuningan

kuning



AWAL PROSES MENYEMAI...TAK SABAR NAK TENGOK HASILNYA SELEPAS 3 MINGGU....HARAP KEMBANG MEKARLAH BUNGANYA...



KOLEKSI ROSE JEPUN CARNATION
40 lebih koleksi Rose Jepun Carnation yang saya ada...Seronok tengok bunga-bunga Rose Jepun ni kembang mekar...Nama-nama jenis bunga tu bukan saya yang letak ye memang penjual yang letak nama-namanya....so, memang namanya ada yang macam pelik sikit...tapi takpe yang penting bunga-bunga memang lawa sangat-sangat....memukau mata yang memandang....























Koleksi Rose Jepun carnation ni saya tanam dalam bekas bulat berkaki....


SELEPAS PROSES MENYEMAI....LIHAT HASILNYA SELEPAS 3 MINGGU NANTI...


20 koleksi lagi....jom tengok-tengok...lagi mengancam warnanya...
























KOLEKSI ROSE JEPUN JAMBUL
Jenis jambul ni nampak cute jer...keratan batangnya saya beli dari online juga...dari Perlis gitu....
Ada 15 variasi warna...Saya tanam dalam bekas bulat berwarna coklat...nama jenis bunga ni pun bukan saya yang letak memang sedia ada dari penjual....yang penting memang cantik....



















SEMASA PROSES SEMAIAN KE DALAM PASU BARU....NANTI LIHAT HASILNYA SETELAH 3 MINGGU

Alhamdulillah, setakat ni saya ada hampir 75 koleksi  variasi warna Rose Jepun...Harap dapat hidup subur dan berkembang mekar seperti yang diharapkan....Nanti lepas 3 minggu saya update lagi hasil tanaman bunga Rose Jepun saya yer...teringin juga nak jadi usahawan bunga Rose Jepun ni....hehe...