ROSE JEPUN GANTUNG BERUSIA SEMINGGU....KERATAN ROSE JEPUN DI PERMUKAAN ATAS PASU BARU DICUCUK JER SEBAB TU NAMPAK LAYU...NANTI SAYA UPDATE GAMBAR SELEPAS SEBULAN YER.... |
Sharing is caring kan....Entry sebelum ini berkenaan cara menebuk pasu gantung...sekarang saya nak berkongsi cara menanam keratan Rose Jepun keliling pasu gantung. Harap-harapnya pokok Rose Jepun yang terhasil akan gemuk menggebulah yer...Tak cuba mana nak tahu kan???
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENANAM ROSE JEPUN GANTUNG:
PASU YANG TELAH DITEBUK, COCOPEAT & ALAS |
CARA MENANAM ROSE JEPUN KELILING PASU GANTUNG
STEP 2: Sumbat cocopeat ke dalam pasu gantung yang telah siap ditebuk. Sumbat sampai penuh. |
STEP 3 : Tabur baja di atas cocopeat tadi. Gaul rata. |
Step 4 : Jirus cocopeat |
Step 5 : Terbalikkan pasu tadi dan alas dengan papan |
Step 6 : Cucuk keratan Rose Jepun keliling pasu. Biarkan di tempat teduh untuk membolehkan keratan Rose Jepun berakar dan tidak terjatuh bila digantung. |
# Setelah genap seminggu, gantung pasu di tempat yang kena cahaya matahari dan cucuk keratan Rose Jepun di bahagian atas pasu pula.
Untuk pastikan Rose Jepun sentiasa subur dan berbunga, jirus pokok 2x sehari, jirus/ sembur baja seminggu sekali dan sembur racun serangga seminggu sekali untuk elak serangga perosak. Semoga Rose Jepun yang ditanam dalam pasu gantung akan hidup subur hendaknya.
Nanti saya akan update Rose Jepun gantung selepas sebulan...Ni baru 2 minggu jer...bunga tak meriah lagi...Ingat yer Rose Jepun perlu direct matahari.
SELAMAT MENANAM!!!😍
Tiada ulasan:
Catat Ulasan