Memaparkan catatan dengan label SNAKE PLANT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SNAKE PLANT. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Januari 2020

SNAKE PLANT/ LIDAH MENTUA

Assalamualaikum dan selamat petang...

Entry kali ini berkaitan Snake Plant...ada juga orang panggil Lidah Mentua ataupun nama saintifiknya (SANSEVIERIA).Pokok ini mempunyai tekstur daun yang keras dan tumbuh cantik menegak...Pokok ini sangat mudah ditanam, tidak perlu dibaja hanya air dan cahaya matahari untuk hidup subur. Pokok ini sesuai diletakkan di dalam rumah dan di bawah redup matahari kerana tidak perlu disiram selalu,cukup seminggu sekali.

sumber google

Pokok lidah mentua ini juga cantik jika ditanam di dalam pasu yang panjang dan besar sebagai hiasan di sudut-sudut dalaman rumah, pejabat mahupun bilik-bilik khas. Kebiasaanya daunnya berbelang-belang hijau ataupun hijau kekuningan.

Untuk pengetahuan semua, pokok ini juga mampu menyerap karbon dioksida dan melepaskan oksigen lebih-lebih lagi pada waktu malam. Oleh itu, pokok ini sangat sesuai diletakkan di bilik tidur.
Tapi yang risaunya bukan apa takut ada haiwan menumpang pulak dalam pasu nanti...Jadi, kalau ada niat nak letak dalam bilik tidur tu kena kerap check pasu ye....

Pokok ini juga sesuai diletakkan di ruang mencuci pakaian/ bilik mandi kerana ia memiliki kemampuan menyerap gas bertoksik terhasil daripada produk pencuci, tisu tandas dan barangan penjagaan diri lain.

Pokok ini mempunyai aroma tersendiri seperti bunga lavender, ia juga dapat menghilangkan bauan kurang menyenangkan di rumah terutamanya di tandas dan dapur. Ia juga dikatakan mampu menyerap radiasi yang terhasil daripada penggunaan barangan elektronik seperti televisyen dan komputer. Maka, sangatlah elok pokok ini ditanam sebagai hiasan dalam rumah ye.


SELAMAT MENANAM!!!😊