Memaparkan catatan dengan label HYDRANGEA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HYDRANGEA. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Februari 2020

HYDRANGEAKU BERUBAH TEMPAT

Assalamualaikum dan selamat petang...

Pokok hyrangea di tanam terus atas tanah


Oleh kerana pokok hydrangeaku tidak berbunga setelah 2 tahun ditanam di dalam pasu,maka alternatif lain cuba tanam di tanah terus.Manalah tahu sampai serunya untuk mengeluarkan bunga...

Dari pembacaan alam maya dan sumber yang boleh dipercayai, nak bagi pokok hydrangea ni berbunga perlu didedahkan dengan panas matahari pagi selama 6 jam pastu teduh sebelah petang... Tapi rasanya kat rumah takde tempat macam tu nak tanam... Tanam jelah mana-mana pun... Redha jelah... Kalau hidup,hiduplah ia kalau mati... Mmm  nak buat camne kan... Try & error... Belum cuba belum tahu... Kot nanti berbunga sape tahu kan...

Kat sini saya share proses pemindahan pokok hydrangea step by step...nanti tengok pertumbuhannya selepas seminggu ye...


Pokok hyrangea di dalam pasu sebelum dipindah tanam ke dalam tanah. 

Mula-mula beli anak pokok hydrangea ni saya tanam dalam pasu...setahun lebih tak berbunga... Selepas tu,saya pindah tanam dalam pasu hidroponik pulak...dekat setahun tak berbunga jugak... So, cuba pulak tanam atas tanah terus... Tengok lepas ni boleh berbunga ke tidak... 


CARA TANAM ANAK POKOK HYDRANGEA  DI DALAM TANAH STEP BY STEP :

Step 1 : Buat lubang. Hujan lebat malam tadi kan... Jadi tanah lembut,senang nak korek... Kalau tak mak ai keras kebaton....




Step 2 :Isikan tanah kompos secukupnya ke dalam lubang yang telah dikorek tadi. 



Step 3 : Masukkan 1 sudu makan baja ikan/ baja organik dan gaul sebati. 



Step 4 : Kemudian, tanam pokok hydrangea di dalam lubang tadi.



Step 5 : Kambus semula dengan pasir dan batu tadi.  Siap sudah!!!



Taraaaa.... 2 pokok hydrangea yang siap ditanam... Satu kecik... Satu besar.... Nanti saya update selepas seminggu ye... Kalau panjang umur hiduplah ia... Amiin....

Khamis, 6 Februari 2020

HYDRANGEAKU TAK NAK BERBUNGA

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Pokok Hydrangea saya yang tak nak berbunga


Sebenarnya 2 tahun dah beli pokok Hydrangea ni.. Tapi masalahnya pokok ni daun jer yang keluar bunga-bunganya sekali pun tak nak keluar.... Orang kata pokok bunga kalau tak nak berbunga mabuk daun namanya...


Mmmm.... Frust jugaklah sebab teringin nak tengok pokok ni berbunga.... Beli kat Cameron highlands anak pokok hydrangea ni.... Memang asal kecik jer anak pokok ni... Membesar lah jugak tapi masalahnya tak nak berbunga..


Macam-macam baja dah bubuh.. Dari baja organik ke baja kimia...Baja bunga,baja buah,baja kopi.. Baja buah pun bubuh jugak... Haha... Satu pun tak menjadi...


Mungkin perlukan perubahan tempat kot.... Takpelah kita upah tempat pulak... Dari dalam pasu ubah tanam ke tanah... Tengok berbunga ke tidak....


Sabtu, 25 Januari 2020

TIPS PENANAMAN & PENJAGAAN HYDRANGEA

HYDRANGEA

Hydrangea atau lebih dikenali dengan nama tempatannya sebagai bunga Siti Zubaidah memang cantik dipandang. Bunga ini juga dikenali sebagai bunga 3 bulan mungkin disebabkan bunga ini mengambil masa/bertahan 3 bulan untuk kembang mekar. Dengan kata, bunga ini juga akan bertukar warna setiap 3 bulan mengikut pH tanah. Walaupun cantik di mata, namun bunganya tidak berbau harum sepertimana bunga rose tetapi hydrangea mempunyai kelasnya yang tersendiri...nampak eksklusif gitu...manakan tidak ia menjadi hiasan di pelamin-pelamin nan indah, hiasan hantaran dan hiasan di meja-meja hotel...cantik sangat kan....


Sumber google (Hydrangea pelbagai warna)


TIPS TANAM BUNGA HYDRANGEA

1. Pemilihan lokasi - lokasi yang sesuai

  • Pokok ini memerlukan panas pagi selama 6 jam dan teduh bila petang.
  • Bila panas terlampau sangat, bunga hydrangea akan layu.
  • Bila teduh sepanjang hari, hydrangea tidak akan berbunga.    


2. Bunga hydrangea ni cepat layu bila kurang air. Siram 2x sehari (pagi dan petang).


Sumber google (Hydrangea putih)

3. Jangan siram masa tengah panas sebab daun akan melecur. Kalau nak siram juga pastikan tak kena daun sebab akan melecur keperangan.

4.  Jarakkan setiap pokok sebanyak 2 kaki sebab pokok hydrangea sangat cepat membesar dan bercabang. Ruang yang sempit akan membantut tumbesaran pokok. Pokok hydrangea ini boleh jadi tinggi dan rimbun. Daunnya cepat membiak dan pucuk bercambah.


Sumber google (Hydrangea pink)


5. Masukkan tanah hitam organik ke dalam lubang sebelum tanam hydrangea untuk pastikan dapat zat.

6. Baja setiap 2 minggu untuk membolehkan pokok selalu berbunga dan berkembang daunnya. Guna baja organik. Letakkan sesudu kecil di atas tanah dan jangan tersentuh batang pokok. Letak berdekatan dengan akar di bawah tanah untuk memudahkan akar menyerap zat baja apabila disiram.


Sumber google

7. Potong bunga hyrangea yang dah makin layu untuk menggalakkan pucuk baru dan bunga baru keluar. Bila dipotong, pucuk baru akan naik di cabang lain dan pokok cepat tinggi.

8. Cabut rumput sekeliling pokok. Ini untuk mengelakkan rumput akan curi zat dan jadi pesaing.


Sumber google

9. Kawal serangga yang suka makan daun pokok. Sembur cuka kayu seminggu sekali untuk cegah perosak.

10. Tanam pokok pun perlu ada kasih sayang. Setiap hari lawat dan belailah pokok-pokok tu. Orang lama-lama kata cuba bersembang dengan pokok..hehe....moga pokok dapat hidup subur dan sihat.


Sumber google


SELAMAT MENANAM!!!😊