Sabtu, 25 Januari 2020

TIPS PENANAMAN & PENJAGAAN HYDRANGEA

HYDRANGEA

Hydrangea atau lebih dikenali dengan nama tempatannya sebagai bunga Siti Zubaidah memang cantik dipandang. Bunga ini juga dikenali sebagai bunga 3 bulan mungkin disebabkan bunga ini mengambil masa/bertahan 3 bulan untuk kembang mekar. Dengan kata, bunga ini juga akan bertukar warna setiap 3 bulan mengikut pH tanah. Walaupun cantik di mata, namun bunganya tidak berbau harum sepertimana bunga rose tetapi hydrangea mempunyai kelasnya yang tersendiri...nampak eksklusif gitu...manakan tidak ia menjadi hiasan di pelamin-pelamin nan indah, hiasan hantaran dan hiasan di meja-meja hotel...cantik sangat kan....


Sumber google (Hydrangea pelbagai warna)


TIPS TANAM BUNGA HYDRANGEA

1. Pemilihan lokasi - lokasi yang sesuai

  • Pokok ini memerlukan panas pagi selama 6 jam dan teduh bila petang.
  • Bila panas terlampau sangat, bunga hydrangea akan layu.
  • Bila teduh sepanjang hari, hydrangea tidak akan berbunga.    


2. Bunga hydrangea ni cepat layu bila kurang air. Siram 2x sehari (pagi dan petang).


Sumber google (Hydrangea putih)

3. Jangan siram masa tengah panas sebab daun akan melecur. Kalau nak siram juga pastikan tak kena daun sebab akan melecur keperangan.

4.  Jarakkan setiap pokok sebanyak 2 kaki sebab pokok hydrangea sangat cepat membesar dan bercabang. Ruang yang sempit akan membantut tumbesaran pokok. Pokok hydrangea ini boleh jadi tinggi dan rimbun. Daunnya cepat membiak dan pucuk bercambah.


Sumber google (Hydrangea pink)


5. Masukkan tanah hitam organik ke dalam lubang sebelum tanam hydrangea untuk pastikan dapat zat.

6. Baja setiap 2 minggu untuk membolehkan pokok selalu berbunga dan berkembang daunnya. Guna baja organik. Letakkan sesudu kecil di atas tanah dan jangan tersentuh batang pokok. Letak berdekatan dengan akar di bawah tanah untuk memudahkan akar menyerap zat baja apabila disiram.


Sumber google

7. Potong bunga hyrangea yang dah makin layu untuk menggalakkan pucuk baru dan bunga baru keluar. Bila dipotong, pucuk baru akan naik di cabang lain dan pokok cepat tinggi.

8. Cabut rumput sekeliling pokok. Ini untuk mengelakkan rumput akan curi zat dan jadi pesaing.


Sumber google

9. Kawal serangga yang suka makan daun pokok. Sembur cuka kayu seminggu sekali untuk cegah perosak.

10. Tanam pokok pun perlu ada kasih sayang. Setiap hari lawat dan belailah pokok-pokok tu. Orang lama-lama kata cuba bersembang dengan pokok..hehe....moga pokok dapat hidup subur dan sihat.


Sumber google


SELAMAT MENANAM!!!😊


Tiada ulasan:

Catat Ulasan