Memaparkan catatan dengan label POKOK SAWI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label POKOK SAWI. Papar semua catatan

Rabu, 26 Februari 2020

POKOK SAWI


Assalamualaikum dan selamat malam...

Seronok sebenarnya berkongsi minat dengan orang lain... Selain berkongsi tip2 berkebun boleh juga berkongsi hasil kebun...Berkebun bukan sekadar menyihatkan badan tapi dalam masa yang sama boleh mendatangkan pendapatan... Yelah hasil tanaman boleh dijual kepada rakan-rakan terdekat...

Hari ini saya cuba nak kongsikan pokok sawi yang saya cuba tanam buat kali pertama... Sekarang masih dalam proses semaian... Tak sampai seminggu lagi pun... Tapi naik dah anak-anak pokok sawi ni... Seronok dapat melihat pertumbuhan pokok sawi dari anak benih hingga menjadi anak-anak pokok sawi...


Biji benih sawi yang saya gunakan... 


                               23.2.2020
Biji benih sawi selepas 4 hari disemai.... Nampak biji benih sudah mula bercambah...



Esoknya 24.2.2020
Anak-anak pokok sawi telah mula memunculkan diri.. 


Sehari selepas itu 25.2.2020
Saiz anak-anak pokok sawi semakin membesar... 


Hari ini  26.2.2020
Anak-anak pokok sawi semakin membesar... 


Harap anak-anak pokok sawi ini akan terus membesar dan hidup subur...moga dapat merasa sawi tanaman sendiri... Amiin.. Nanti saya akan update perkembangan pokok-pokok sawi ini dari semasa ke semasa...