Memaparkan catatan dengan label BAJA NPK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BAJA NPK. Papar semua catatan

Isnin, 10 Februari 2020

BAJA NPK

Assalamualaikum dan selamat malam...

Contoh Baja NPK (N13:P13:K21)

Contoh Baja NPK (N12:P12:K17)

Apa itu baja NPK??? Perkataan NPK merupakan satu perkara penting dalam pembajaan tanaman.

Pada bungkusan baja biasanya tertera sebagai contoh
 N15  :P15  :K:15 /
N12 : P12: K17

Tetapi ramai yang tidak tahu mengenai apa maksud NPK dan nombor yang tertera disebelahnya.

NPK bermaksud Nitrogen, Phosphorus dan Kalium dan nombor di sebelahnya bermaksud peratusan kandungan setiap bahan di dalam sebatian baja tersebut.

Sebagai contoh ; N12 : P12: K17 bermaksud baja tersebut mempunyai kandungan Nitrogen sebanyak 12%, Phosphorus 12% dan Kalium 17%.

Kadar angka ini diformulasi mengikut keperluan jenis tanaman, peringkat umur tanaman, musim/keadaan cuaca serta banyak faktor lain.



KENAPA PENTINGNYA NITROGEN(N) BAGI TUMBUHAN?

Nitrogen(N) merupakan unsur yang berfungsi di dalam tumbesaran daun. Kesemua tumbuhan berdaun hijau menggunakan nitrogen.

Tumbuhan yang mengalami kekurangan Nitrogen akan menjadi sedikit kekeringan dan tumbesarannya akan terbantut.

Terlebih Nitrogen pula menyebabkan tumbuhan menjadi terlebih besar sedangkan batang pokok tidak mampu menampung tahap tumbesarannya. Ini akan menyebabkan pokok tidak dapat tumbuh dengan tegak.



KENAPA PENTINGNYA PHOSPHORUS (P) BAGI TUMBUHAN ?

Phosphorus(P) penting untuk tumbesaran akar. Akar yang sihat mampu menyerap nutrien-nutrien lain di dalam tanah.

Phosphorus juga digunakan untuk menggalakkan tumbuhan berbunga apabila cukup waktunya.

Kekurangan Phosphorus boleh dilihat melalui warna daun yang seperti tidak segar atau kekeringan.

Kurang berbunga juga mungkin petunjuk bahawa tumbuhan tersebut mengalami kekurangan Phosphorus(P).



KENAPA PENTINGNYA KALIUM (K) BAGI TUMBUHAN?

Kalium(K) penting untuk tumbesaran pokok. Ia juga membantu dalam perkembangan pokok termasuk bunga dan buah.

Unsur K adalah kunci kepada pembentukan klorofil dalam daun.

Kekurangan Kalium akan menghasilkan bunga dan buah yang kecil.

Ia juga membantu tumbuhan dalam melawan penyakit.




Secara umumnya, jika tumbuhan mendapat ketiga-tiga unsur ini, ia akan mudah menyerap nutrien-nutrien di dalam tanah dan udara untuk tujuan tumbesaran.

Kekurangan ketiga-tiga unsur ini akan menampakkan simptom pada daun (kurang Nitrogen), pertumbuhan terbantut (kurang Phosphorus) dan tidak berbunga (kurang Kalium).


Dah minat menanam kan...jadi perlu juga tahu ilmu serba sedikit berkenaan baja kan...dulu buat tak tahu jer tapi sekarang perlu juga tahu kandungan dalam baja NPK untuk kesesuaian pokok-pokok yang ditanam...Formulanya senang jer...untuk pokok sayuran hijau perlu baja yang lebih Nitrogen...Untuk pokok berbunga pulak, perlukan baja yang lebih kandungan Kaliumnya....oh...barulah ku tahu....

Semoga info ini juga bermanfaat untuk semua....


SELAMAT BERCUCUK TANAM!!!😀