Assalamualaikum dan selamat malam...
Kali ini saya nak berkongsi tanah yang saya gunakan untuk tujuan semaian dan tanaman berpasu untuk semua tanaman bunga saya...
Oleh kerana tanah di tepi rumah jenis tanah tambak dan keras maka memang tidak sesuai untuk tanaman berpasu kerana jika digunakan tanah itu lama kelamaan akan menjadi keras.
Untuk itu, saya membeli tanah kompos di nursery bagi tujuan penyemaian biji benih dan penanaman pokok bunga dalam pasu saya.
Ada pelbagai jenis tanah yang terdapat di nursery. Saya pernah membeli tanah hitam di nursery dan menggunakannya terus untuk tujuan penyemaian dan tanaman pasu...Malangnya selepas beberapa minggu kemudian, tanah menjadi kering, keras, padat dan tidak gembur. Rupa-rupanya tanah tersebut tidak sesuai digunakan terus dan perlu dicampur dengan campuran tanah lain sebelum digunakan.
Selepas itu, saya cuba tanah kompos yang saya beli di nursery yang lain. Jenis yang lain pula. Nama pun pekebun amatur kan...Try dan error jer....
Saya cuba pula tanah kompos all in 1 yang juga saya beli di nursery...Alhamdulillah, tanah itu sangat sesuai digunakan tanpa perlu dicampur dengan campuran tanah lain. Tanah masih gembur walaupun setelah beberapa lama. Memang hingga sekarang saya hanya menggunakan tanah itu untuk projek penanaman sayur dan bunga saya. Tanaman lebih subur dan cepat tumbuh menggunakan tanah ini.
|
TANAH KOMPOS |
Sekarang ini kalau beli saya akan beli borong dalam 20 peket sekaligus...Buat stok...senang...nak guna ambik terus tak payah susah-susah dah pergi nursery kan... Sampaikan penjual tu tanya akak tanam apa ye beli tanah banyak-banyak? Hehe...nak malu apa kan belilah banyak mana pun bukannya mencuri, bayar...betul tak??? Nasib baik adik penjual tu panggil akak tak panggil mak cik...maksudnya nampak muda lagilah kan....haha perasan pulak....bukan apa kalau panggil mak cik pasni tak beli dah tanah kat situ....boleh macam tu???? Gurau jer...tua dah pun 4 series dah.... tapi sesekali nak rasa muda kan....