Memaparkan catatan dengan label BAJA ORGANIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BAJA ORGANIK. Papar semua catatan

Selasa, 24 Mac 2020

KHASIAT BAJA KULIT TELUR




Baja organik kulit telur

Baja organik yang diperbuat daripada kulit telur amat bermanfaat dalam membekalkan kalsium bagi tanaman.


Dalam kulit telur mengandungi komposisi nutrien yang baik untuk tumbesaran tanaman. Ia terdiri daripada:
94% kalsium karbonat
1% magnesium karbonat
1% kalsium fosfat
4% bahan organik terutamanya protein.
Bahan-bahan sangat membantu tanaman hidup dengan subur.


Antara fungsi kalsium daripada kulit telur ini ialah :
1. Memberi daya tahan pokok/ menguatkan tanaman.
2. Mengeraskan batang/kayu pokok.
3. Merangsang pertumbuhan akar.
4. Merangsang pertumbuhan biji/bunga/buah.


Baguskan baja organik kulit telur ni.... So,  jangan buang kulit-kulit telur lepas ni yer... Kumpul dan buat baja organik...


HAPPY GARDENING!!!😉




BAJA ORGANIK DARIPADA KULIT TELUR

Assalamualaikum dan selamat malam...

Baja organik kulit telur


Dah beberapa hari terkurung di rumah disebabkan perintah kawalan pergerakan akibat covid-19...hmmm.... Tapi ada juga yang masih berdegil dok kumpul ramai-ramai... Alahai kenapalah susah sangat nak ikut arahan.... Kena virus tu nanti baru tau....


Asbab terkurung di rumah jer maka pergerakan keluar rumah dibataskan dan stok barang dapur pun bertambah especially telur... Dah namanya dok rumah memang memasak jelah kerjanya...lauk paling senang goreng telur.... Maka banyaklah lambakan kulit telur... Kulit-kulit telur tu jangan dibuang yer.... Boleh proses jadi baja organik...


Baja daripada kulit telur ni banyak khasiatnya kerana ia mampu membekalkan kalsium untuk pokok... Cara yang paling efektif kita proses jadikan serbuk dan tabur jer keliling pokok... Mampu membantu kesuburan pokok...


Jom saya share cara nak buat baja organik daripada kulit telur ni....

Kumpulkan kulit telur,bersihkan dan hancurkan. 


Masukkan ke dalam loyang.


Masukkan ke dalam air fryer untuk dibakar. Kalau takde air fryer bakar je atas api/oven ataupun jemur jer kulit telur tu kat panas sampai kering. Saya nak cepat guna air fryer jer lagi mudah. 


Bakar pada suhu 200'c selama 15 minit dan biarkan sejuk. 


Masukkan ke dalam pengisar kering dan kisar hingga jadi serbuk. 


Kisar sampai habis.Masukkan dalam bekas kedap udara. Bolehlah digunakan sebagai baja organik untuk tanaman terutamanya sayuran. Tabur jer keliling pokok 2 minggu sekali. 


HAPPY GARDENING!!!😉

Isnin, 10 Februari 2020

BAJA KULIT PISANG

Assalamualaikum dan selamat malam...

Kulit pisang

Kulit pisang jangan dibuang.... Boleh buat baja untuk kesuburan tanaman... Sebab pe... Sebab kulit pisang mengandungi nutrien yang mengandungi unsur-unsur kalium dan fosforus yang membantu tumbesaran akar & pertumbuhan pokok keseluruhannya...

Hanya 2 bahan yang digunakan :
Kulit pisang
Air secukupnya


Potong kecil-kecil kulit pisang dan masukkan ke dalam balang.
Isi air secukupnya.

Peram selama 3 hari. Selepas 3 hari air rendaman bertukar menjadi kekuningan. 

Tapis dan boleh digunakan.Siram pokok sayur-sayuran atau tumbuhan berbuah. 


SELAMAT MENCUBA!!!😃