Entry kali ni nak share gambar Rose Jepun pasu gantung yang terkini. Sangat excited tengok perkembangan pokok ini sebab ini first time saya tanam Rose Jepun dalam pasu gantung cucuk keliling pasu...Tak sabar nak tunggu perkembangannya setiap hari...
Rose Jepun berusia seminggu selepas seminggu disemai |
Saya ambil gambar di atas pada pada tarikh 24.01.2010. Pada waktu itu, keratan Rose Jepun baru berusia seminggu disemai dan sedia untuk digantung kerana keratan-keratan ini telah mengeluarkan akar yang kuat dan jika digantung keratan tidak akan jatuh. Keratan Rose Jepun di bahagian atas pasu nampak layu sebab ianya hanya dicucuk selepas pasu ini digantung...yelah, semasa awal proses semaian pasu kan terpaksa diterbalikkan untuk membolehkan keratan Rose Jepun dicucuk di sekeliling pasu dahulu seperti gambar yang ditunjukkan di bawah.
Semasa proses semaian Rose Jepun gantung. Pasu perlu ditelangkupkan semasa proses semaian. |
SELEPAS SEMINGGU (31.01.2020)
Rose Jepun berusia 2 minggu selepas digantung |
Rose Jepun pasu gantung usia 2 minggu (sisi lain) |
Nampak tak perubahan ketara perkembangan keratan Rose Jepun selepas seminggu digantung. Saya pun teruja. Pokok semakin gemuk dan subur terutamanya keratan di bahagian atas pasu telah hidup
dan cabang-cabang di keliling pasu semakin subur dan mula mengeluarkan bunga. Nampaknya cabang-cabang bunga tumbuh ke atas kan... nanti bolehlah trim untuk jadikan effect bulat konon-kononnya. Tunggu sikit hari lagi. Yes!!! perkembangan yang positif setakat ini....😍
Tiada ulasan:
Catat Ulasan