Rose jepun....alahai memang gila dengan bunga ni... obsess sangat...time berkembang aduhai cantik yakmat....
Sebenarnya ada beberapa info yang perlu diketahui berkaitan rose jepun..Nampak jer mudah nak tanam tapi sebenarnya tak semudah yang disangka...perlu penjagaan yang betul untuk memastikan bunganya sentiasa kembang mekar.
Jom kita baca info-info penting berkaitan rose jepun ni :
1. Rose jepun meriah berbunga bila dapat cahaya matahari yang penuh dengan erti kata lain kena letak pokok ni direct cahaya matahari ye...
2. Kena rajin bubuh baja barulah pokok ni rajin berbunga...Tabur baja 1 minggu sekali ataupun 2 minggu sekali. Di syorkan guna baja khas untuk Rose jepun ...ataupun kalau takde tabur jer baja kopi atau baja merah (baja bunga).
3. Rose jepun akan kelihatan kurus memanjang bila kurang cahaya matahari. So, pastikan pokok ni kena letak tempat yang dapat cahaya matahari sepenuhnya bukan tempat redup.
4. Rose jepun juga akan kurus bila tanah keras sebab akar tak akan dapat berkembang. So, pastikan tanah sentiasa gembur ye...kena rajin gembur...
5. Tanam Rose Jepun jangan terlalu rapat ....cukup 15-20 keratan untuk satu pasu. Kalau tanam banyak sangat terlalu banyak persaingan....berebut nutrisi tanah....tu yang pokok kurus...
carnation batik oren pink |
carnation batik pink kuning |
6. Rose Jepun suka tanah gembur dan air mudah mengalir. Guna tanah yang sesuai untuk tanam...Guna campuran tanah yang sesuai...
7. Rose Jepun jenis carnation (daun tajam) tahan air banyak dan lebih lasak pada musim hujan.
8. Rose Jepun selapis dan jambul pula tak tahan air banyak dan musim hujan...batangnya mudah lembik dan lecur.
9. Rose Jepun adalah tumbuhan sekulen macam kaktus. So, ia tumbuhan yang mampu menyimpan air dalam batangnya untuk beberapa hari.
10.Sekulen bermakna akar pokok akan serap air sebanyak mungkin bila musim hujan...tapi yang tak bestnyer bila terlalu banyak serap air, lama kelamaan batang akan meletop dan pokok mudah mendapat jangkitan kulat dan buruk.
carnation batik oren merah |
carnation vintage |
11. Jika menggunakan baja kimia jenis biji-biji pastikan taburkan di sekeliling pasu secara sekata dan siram dengan air. Jangan longgok di satu-satu tempat. Baja kimia sebenarnya tidak bahaya seperti racun kimia yang bersifat toksik, ada yang salah faham kerana menganggap baja kimia berbahaya tetapi sebenarnya baja kimia adalah baja yang dihasilkan dan diolah bagi memudahkan pokok menyerap nutrisinya berbanding baja organik yang memerlukan masa yang lebih untuk mengurai dan mengalami proses pereputan seperti baja tahi ayam/kelawar.
12. Rose jepun akan mudah rosak jika hujan berhari-hari.
13. Ramai tokey@penjual bunga Rose Jepun akan stop jual bunga rose jepun bila musim tengkujuh kerana kualiti bunga yang kurang.
14. Kekerapan hujan banyak merosakkan pokok.
15. Untuk tanam Rose Jepun sepanjang tahun perlukan rumah perlindungan hujan terutamanya musim tengkujuh.
selapis merah kuning |
selapis oren |
16. Rumah perlindungan hujan benarkan cahaya matahari menembusinya tetapi tidak air.
17. Rumah perlindungan hujan mestilah berbumbung plastik jernih atau atap jernih.
18. Rose Jepun dan cahaya matahari tidak boleh dipisahkan.
19. Nama lain bagi Rose Jepun ialah bunga pukul sepuluh.
20. Rose Jepun yang digantung lebih mudah gebu berbanding yang ditanam atas tanah.
selapis purple kuning |
selapis putih bintik2 pink |
21. Ancaman Rose Jepun adalah kehadiran siput babi. Jika ada tabur racun siput.
22. Bena (serangga/kutu putih) jangan dibiarkan membiak akan menyebabkan pokok rosak.
23. Makanan bena ada pada batang lembut rose jepun dan bahagian pucuknya kerana di pucuk itu terdapat bendalir yang merupakan makanan kesukaan bena.
24. Kehadiran bena akan menyebabkan daun dan pucuk pokok kerekot dan lama kelamaan pokok akan mati.
25. Serangan virus daun kerinting/ pucuk hangus kehitaman akan membunuh semangat untuk menanam rose jepun.
selapis kuning |
selapis merah |
26. Serangan ini mampu merosak satu pasu atau setaman Rose Jepun.
27. Pokok yang terkena penyakit perlu diasingkan dari pokok-pokok yang lain supaya tidak berjangkit.
28. Sembur racun serangga/ racun organik seminggu sekali/2 minggu sekali untuk mengelakkan ancaman serangga.
29. Rawat pokok/pucuk kehitaman dengan memotong ranting/pucuk yang hitam, trim/togelkan pokok. Sembur racun organik "brogard" atau cuka kayu 1 kali sehari waktu senja selama 3 hari. InshaAllah tunas baru yang sihat akan naik.
30. Amalkan semburan racun organik seminggu sekali untuk cegah masalah bena dan penyakit.
selapis oren merah |
selapis purple |
31. Elakkan guna tanah bersabut tanam rose jepun kerana jika musim hujan tanah ini akan menakung air dan menyebabkan batang pokok menjadi lebam/lembik.
32. Tanah yang elok adalah tanah yang gembur, tidak keras dan mampu mengalirkan air dengan baik seperti tanah organik/tanah kompos. Campuran pelbagai jenis bahan tanah biasa, tanah hitam, sekam padi, bahan-bahan organik dan lain-lain.
33. Jika nak hasil Rose Jepun yang hidup subur, guna tanah yang elok, jaga baja, kena panas, jaga siram dan kawal perosak. InshaAllah berjaya!!!
Apa yang penting;
- Guna tanah yang subur dan gembur
- Direct cahaya matahari
- Siram pagi & petang
- Sembur racun organik setiap minggu untuk kawal perosak
- Baja setiap minggu
carnation purple |
carnation peach |
carnation kuning |
SELAMAT MENANAM!!!😊😊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan