Khamis, 5 Mac 2020

HASIL KEBUNKU

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Hasil kebunku... Kangkung, tomato & cilipadi


Hari ni nak update hasil kebun tepi rumah yang berjaya dituai.... Walaupun hasilnya seciput tapi sekurang-kurangnya tercapai hajat nak merasa hasil tanaman sendiri...

Cili padi sedia-sedia dipetik di tepi laman begitu juga kangkung lebih 3x dipetik sehingga sekarang masih hidup subur... Tapi kali ni rezeki saya dapat merasa tomato hasil tanaman sendiri.... Excitednya lain macam... 2 biji tomato yang telah masak ranum... Bolehlah dimasak asam pedas... Hehe...



Cili padi
Cili padi... Alhamdulillah sejak mula berbuah,  memang pokok tak henti-henti mengeluarkan bunga dan berbuah.... Sekarang ni kalau nak guna cili padi memang tak payah beli dah....



Pokok kangkung
Kangkung pulak.... Dah kali ke-3 di petik.... Pokok masih hidup subur dan sentiasa mengeluarkan pucuk-pucuk baru....


Buah tomato dah masak ranum
Tomato.... Tak sangka sebenarnya boleh merasa buah tomato tanam sendiri... Aduhai excited sangat.... Setakat ni  2 biji buah tomato berjaya dipetik...

Cili padi & tomato dipack kemas barulah disimpan di dalam peti bagi mengekalkan kesegarannya...

Tips tanaman hidup subur senang jer... Cukup cahaya,cukup air, cukup baja... InshaAllah...tanaman hidup subur...


HAPPY GARDENING!!!🥰🥰😍😍

Tiada ulasan:

Catat Ulasan