Jumaat, 7 Februari 2020

OH BUNGA KERTASKU Part 1

Bunga kertas memang sangat cantik.... Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak bila cuaca panas... Maksudnya kalau musim kemarau ia lagi banyak berbunga....

Tapi pokok bunga ini kena disiram sekurang-kurangnya sekali sehari supaya tidak layu...

Nak dijadikan cerita, hujung bulan 11 tahun lalu saya balik kampung selama lebih kurang seminggu...sebelum balik kampung,setiap hari memang akan hujan jadi saya tak risau bila pokok-pokok ini ditinggalkan....namun, selama seminggu pokok-pokok ditinggalkan rupa-rupanya tiada hujan langsung....

Apa terjadi selepas itu? Balik sahaja dari kampung saya sangat sedih dan menangis melihat keadaan pokok-pokok bunga saya terutama pokok bunga kertas saya... Kering kontang tanahnya,habis daun-daunnya berguguran yang tinggal hanya ranting dan dahan pokok yang kekeringan.... Tak sangka sepeninggalan saya di kampung memang tak hujan langsung....


Saya redha dan pasrah sekiranya pokok-pokok saya mati... Tapi di sudut hati kecil saya amat mengharapkan pokok-pokok ini masih ada harapan untuk hidup semula....


Pokok-pokok bunga kertas yang hampir mati


Saya tak berputus asa... Saya search memulihkan pokok bunga kertas di internet.... Rupa-rupanya pokok-pokok yang hampir mati boleh dipulihkan dengan baja nasi basi... Gaul jer nasi dengan tanah dalam pasu... Siram seperti biasa dan biarkan seminggu...


Apa yang berlaku selepas semingu???  Saya akan kongsikan pada entry yang seterusnya...

KOLEKSI BUNGA KERTASKU

Assalamualaikum & selamat malam... 

Bila bunga kertas mengeluarkan bunganya dengan lebat alahai cantiknyer... 

Bunga kertas ni cantik bila bunganya keluar merimbun.... Sejuk jer mata memandang.... Hari ni saya nak up koleksi pokok bunga kertas yang saya ada... 


Sejak berpindah ke rumah baru,tak banyak pokok bunga kertas yang saya tanam...hanya ada beberapa warna dan pasu sahaja... Tapi saya akan semai dari pokok yang ada dan cuba gandakan bilangannya....



Pink

Cili merah

Putih

Kuning

Oren

Putih pink


Tanglong pink

Pink gelap


Teringin nak buat bongsai bunga kertas... Nanti 'try & error'...cuba jaya kan... 


Suka sangat dengan warna ni... Sebenarnya pokok ni pernah hampir mati tapi alhamdulillah masih hidup hingga sekarang dan berbunga lebat.... Post lepas ni saya akan ceritakan yer...


HYDRANGEAKU BERUBAH TEMPAT

Assalamualaikum dan selamat petang...

Pokok hyrangea di tanam terus atas tanah


Oleh kerana pokok hydrangeaku tidak berbunga setelah 2 tahun ditanam di dalam pasu,maka alternatif lain cuba tanam di tanah terus.Manalah tahu sampai serunya untuk mengeluarkan bunga...

Dari pembacaan alam maya dan sumber yang boleh dipercayai, nak bagi pokok hydrangea ni berbunga perlu didedahkan dengan panas matahari pagi selama 6 jam pastu teduh sebelah petang... Tapi rasanya kat rumah takde tempat macam tu nak tanam... Tanam jelah mana-mana pun... Redha jelah... Kalau hidup,hiduplah ia kalau mati... Mmm  nak buat camne kan... Try & error... Belum cuba belum tahu... Kot nanti berbunga sape tahu kan...

Kat sini saya share proses pemindahan pokok hydrangea step by step...nanti tengok pertumbuhannya selepas seminggu ye...


Pokok hyrangea di dalam pasu sebelum dipindah tanam ke dalam tanah. 

Mula-mula beli anak pokok hydrangea ni saya tanam dalam pasu...setahun lebih tak berbunga... Selepas tu,saya pindah tanam dalam pasu hidroponik pulak...dekat setahun tak berbunga jugak... So, cuba pulak tanam atas tanah terus... Tengok lepas ni boleh berbunga ke tidak... 


CARA TANAM ANAK POKOK HYDRANGEA  DI DALAM TANAH STEP BY STEP :

Step 1 : Buat lubang. Hujan lebat malam tadi kan... Jadi tanah lembut,senang nak korek... Kalau tak mak ai keras kebaton....




Step 2 :Isikan tanah kompos secukupnya ke dalam lubang yang telah dikorek tadi. 



Step 3 : Masukkan 1 sudu makan baja ikan/ baja organik dan gaul sebati. 



Step 4 : Kemudian, tanam pokok hydrangea di dalam lubang tadi.



Step 5 : Kambus semula dengan pasir dan batu tadi.  Siap sudah!!!



Taraaaa.... 2 pokok hydrangea yang siap ditanam... Satu kecik... Satu besar.... Nanti saya update selepas seminggu ye... Kalau panjang umur hiduplah ia... Amiin....

Khamis, 6 Februari 2020

STOK TANAH

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Entry sebelum ni saya pernah ceritakan jenis tanah yang saya gunakan untuk tanaman hiasan saya...


Banyak kan.... Hehe


Memang sekarang ni kalau pergi ke kedai tu mesti borong tanah banyak-banyak. Tujuannya untuk buat stok di rumah...senang nak guna amik jer terus... Tujuan yang kedua sebab takut kedai kehabisan stok kalau beli sikit-sikit... Yelah, kan sekarang ni ramai yang hobi menanam jugak kan.... Memang cepat habis.... Alternatifnya, kita belilah banyak-banyak takut kehabisan.... Sampai tuan kedai pun dah kenal.. Tau dah kalau masuk kedai dia nak beli tanahlah tu.... Hehe...



Nampak tak?  Susunan stok tanah & pasu... Dah macam nursery dah... Hehe.. 

HYDRANGEAKU TAK NAK BERBUNGA

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Pokok Hydrangea saya yang tak nak berbunga


Sebenarnya 2 tahun dah beli pokok Hydrangea ni.. Tapi masalahnya pokok ni daun jer yang keluar bunga-bunganya sekali pun tak nak keluar.... Orang kata pokok bunga kalau tak nak berbunga mabuk daun namanya...


Mmmm.... Frust jugaklah sebab teringin nak tengok pokok ni berbunga.... Beli kat Cameron highlands anak pokok hydrangea ni.... Memang asal kecik jer anak pokok ni... Membesar lah jugak tapi masalahnya tak nak berbunga..


Macam-macam baja dah bubuh.. Dari baja organik ke baja kimia...Baja bunga,baja buah,baja kopi.. Baja buah pun bubuh jugak... Haha... Satu pun tak menjadi...


Mungkin perlukan perubahan tempat kot.... Takpelah kita upah tempat pulak... Dari dalam pasu ubah tanam ke tanah... Tengok berbunga ke tidak....


TANAH

Assalamualaikum dan selamat malam...


Kali ini saya nak berkongsi tanah yang saya gunakan untuk tujuan semaian dan tanaman berpasu untuk semua tanaman bunga saya...
Oleh kerana tanah di tepi rumah jenis tanah tambak dan keras maka memang tidak sesuai untuk tanaman berpasu kerana jika digunakan tanah itu lama kelamaan akan menjadi keras.
Untuk itu, saya membeli tanah kompos di nursery bagi tujuan penyemaian biji benih dan penanaman pokok bunga dalam pasu saya.


Ada pelbagai jenis tanah yang terdapat di nursery. Saya pernah membeli tanah hitam di nursery dan menggunakannya terus untuk tujuan penyemaian dan tanaman pasu...Malangnya selepas beberapa minggu kemudian, tanah menjadi kering, keras, padat dan tidak gembur. Rupa-rupanya tanah tersebut tidak sesuai digunakan terus dan perlu dicampur dengan campuran tanah lain sebelum digunakan.


Selepas itu, saya cuba tanah kompos yang saya beli di nursery yang lain. Jenis yang lain pula. Nama pun pekebun amatur kan...Try dan error jer....
Saya cuba pula tanah kompos all in 1 yang juga saya beli di nursery...Alhamdulillah, tanah itu sangat sesuai digunakan tanpa perlu dicampur dengan campuran tanah lain. Tanah masih gembur walaupun setelah beberapa lama. Memang hingga sekarang saya hanya menggunakan tanah itu untuk projek penanaman sayur dan bunga saya. Tanaman lebih subur dan cepat tumbuh menggunakan tanah ini.


TANAH KOMPOS


Sekarang ini kalau beli saya akan beli borong dalam 20 peket sekaligus...Buat stok...senang...nak guna ambik terus tak payah susah-susah dah pergi nursery kan... Sampaikan penjual tu tanya akak tanam apa ye beli tanah banyak-banyak? Hehe...nak malu apa kan belilah banyak mana pun bukannya mencuri, bayar...betul tak??? Nasib baik adik penjual tu panggil  akak tak panggil mak cik...maksudnya nampak muda lagilah kan....haha perasan pulak....bukan apa kalau panggil mak cik pasni tak beli dah tanah kat situ....boleh macam tu???? Gurau jer...tua dah pun 4 series dah.... tapi sesekali nak rasa muda kan....



JENIS-JENIS BAJA

Entry kali ini berkaitan jenis-jenis baja yang saya gunakan untuk penanaman tanaman bunga dan sayur-sayuran saya. Ada 2 jenis baja iaitu baja kimia dan baja organik. Kedua-duanya baja ni sangat baik untuk nutrien pokok. Ia menggalakkan pertumbuhan bunga, buah dan kesuburan pokok.




BAJA BUNGA ROSE JEPUN




BAJA BUNGA ROSE JEPUN



BAJA BUAH (SESUAI UNTUK POKOK BUAH-BUAHAN & POKOK BUNGA KERTAS UNTUK MENGGALAKKAN PENGELUARAN BUNGA)


BAJA BUNGA BIJI MERAH  N13:P13:K21
(SESUAI UNTUK SEMUA JENIS POKOK BUNGA)



BAJA ORGANIK (SERBUK)
SESUAI UNTUK POKOK SAYURAN & POKOK BUNGA



BAJA ORGANIK
SESUAI UNTUK TANAMAN SAYURAN & TANAMAN HIASAN HIJAU


BAJA IKAN (SESUAI UNTUK PENANAMAN ROSE JEPUN DI DALAM PASU)


BAJA BIJI KOPI
SESUAI UNTUK TANAMAN BUNGA


BAJA UNTUK POKOK HIJAU & SAYURAN HIJAU