Khamis, 13 Februari 2020

BAJA NASI BASI UNTUK PEMULIHAN POKOK BUNGA KERTAS YANG KEKERINGAN

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Entry kali ini berkaitan kesan positif baja nasi basi terhadap pokok bunga kertas saya yang hampir mati kekeringan...

Tinggal ranting jer....huhu...

Tengok macam takde harapan nak hidup jer kan....sedih masa ni....

Akibat ditinggal seminggu tanpa dijirus dan hanya mengharapkan turunnya hujan namun hujan tak turun akhirnya pokok bunga kertas kesayangan saya yang lebat berbunga hampir mati kekeringan....Luluh hati saat melihat pokok-pokok yang dulunya meriah dengan bunga hanya tinggal ranting kekeringan....







Namun, saya tidak berputus saya...Saya cuba aplikasikan baja nasi basi keliling batang pokok...
Alhamdulillah, ianya memberi kesan positif...Dari hari ke hari pokok-pokok itu mengeluarkan pucuk-pucuk dan daun-daun baru....




SELANG BEBERAPA HARI (21/12/2019-27/12/2019)
Lebih kurang 2 minggu selepas baja nasi basi ditabur, kelihatan daun-daun dan pucuk-pucuk baru mula timbul....perkembangan yang sangat positif.








SELEPAS  2 MINGGU KEMUDIAN (5/01/2020 &7/01/2020)
Daun-daun semakin lebat dan subur....masa ni dah boleh senyum dah....










SELANG BEBERAPA HARI(28/01/2020)
Lebih kurang 3 minggu selepas itu, pokok-pokok bunga kertas saya mula mengeluarkan bunga...Alhamdulillah....senyuman pun semakin lebar....












dan.... GAMBAR TERKINI (7/02/2020)....taraaaa....
Lebih kurang 10 hari selepas itu...bunga semakin meriah dan lebat....senyuman hingga ke telinga nampak gayanya....Syukur....










Ini bermaksud pokok-pokok bunga kertas saya ni mengambil masa lebih kurang hanya 2 bulan untuk  mengeluarkan bunganya semula... Berkat baja nasi basi....
Betullah perumpamaan... 'usaha tangga kejayaan'...jangan mudah berputus asa....

Seakan tak percaya pokok-pokok bunga kertas ini boleh hidup subur semula dengan izin Allah dan asbab baja nasi basi....Syukur sangat-sangat....


#  Oh ya!!! bila pokok-pokok dah mula mengeluarkan bunga, bolehlah dibaja dengan baja bunga sesudu kecil seminggu sekali untuk menggalakkan pengeluaran bunga yang lebih banyak....


Jadi, lepas ni kalau ada nasi basi jangan dibuang...buat jer baja untuk tanaman...sangat bermanfaat....


SELAMAT BERKEBUN!!!

Isnin, 10 Februari 2020

BAJA BUNGA KERTAS

Assalamualaikum dan selamat malam...

Pokok bunga kertas juga memerlukan baja untuk membolehkannya sentiasa mengeluarkan bunga. Sekurang-kurangnya 2 minggu sekali...

Sesudu kecil baja untuk pokok bunga kertas pasu kecil... Sekurang-kurangnya 2minggu sekali... 


Di sini saya senaraikan baja-baja yang sesuai untuk pokok bunga kertas:

N15:P15:K15


1. Baja NPK (12:12:17) / (15:15:15)


N12:P12:K17

2. Baja Bunga (pink)  dan Baja subur (ungu)- guna secara berselang seli
    Minggu pertama guna baja bunga, minggu kedua guna baja subur.

3. MOL Bawang
    - Rendam bawang merah dengan kulitnya sekali semalaman. Tambah gula perang.
    - Peram selama seminggu.
    - Cara penggunaan : 5ml MOL ditambah dengan 1L air.

4. Baja Organik (BAJA MUTIARA ORGANIK)
    - 1 kg gula merah
    - 700 gm kulit pisang
    - 200gm kulit udang
    - 100gm kulit telur
    * Campur semua bahan di dalam bekas dan perap selama 20 hari.
    * Cara penggunaan : 1 bahagian Baja : 20 bahagian Air / 3ml + 1L air

5. Baja AB - Siram jer ikut sukatan yang sepatutnya.

6. Baja Kopi (NPK; 8:8:8)

7. Baja XY

8. Baja Bayam

9. Baja Buah NPK (12:12:17)

N13:P13:K21

10. Baja merah NPK (13:13:21)
      Letak di satu tempat sahaja dan kambus semula). Siram seperti biasa.


SEMOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA!!!😀



BAJA NPK

Assalamualaikum dan selamat malam...

Contoh Baja NPK (N13:P13:K21)

Contoh Baja NPK (N12:P12:K17)

Apa itu baja NPK??? Perkataan NPK merupakan satu perkara penting dalam pembajaan tanaman.

Pada bungkusan baja biasanya tertera sebagai contoh
 N15  :P15  :K:15 /
N12 : P12: K17

Tetapi ramai yang tidak tahu mengenai apa maksud NPK dan nombor yang tertera disebelahnya.

NPK bermaksud Nitrogen, Phosphorus dan Kalium dan nombor di sebelahnya bermaksud peratusan kandungan setiap bahan di dalam sebatian baja tersebut.

Sebagai contoh ; N12 : P12: K17 bermaksud baja tersebut mempunyai kandungan Nitrogen sebanyak 12%, Phosphorus 12% dan Kalium 17%.

Kadar angka ini diformulasi mengikut keperluan jenis tanaman, peringkat umur tanaman, musim/keadaan cuaca serta banyak faktor lain.



KENAPA PENTINGNYA NITROGEN(N) BAGI TUMBUHAN?

Nitrogen(N) merupakan unsur yang berfungsi di dalam tumbesaran daun. Kesemua tumbuhan berdaun hijau menggunakan nitrogen.

Tumbuhan yang mengalami kekurangan Nitrogen akan menjadi sedikit kekeringan dan tumbesarannya akan terbantut.

Terlebih Nitrogen pula menyebabkan tumbuhan menjadi terlebih besar sedangkan batang pokok tidak mampu menampung tahap tumbesarannya. Ini akan menyebabkan pokok tidak dapat tumbuh dengan tegak.



KENAPA PENTINGNYA PHOSPHORUS (P) BAGI TUMBUHAN ?

Phosphorus(P) penting untuk tumbesaran akar. Akar yang sihat mampu menyerap nutrien-nutrien lain di dalam tanah.

Phosphorus juga digunakan untuk menggalakkan tumbuhan berbunga apabila cukup waktunya.

Kekurangan Phosphorus boleh dilihat melalui warna daun yang seperti tidak segar atau kekeringan.

Kurang berbunga juga mungkin petunjuk bahawa tumbuhan tersebut mengalami kekurangan Phosphorus(P).



KENAPA PENTINGNYA KALIUM (K) BAGI TUMBUHAN?

Kalium(K) penting untuk tumbesaran pokok. Ia juga membantu dalam perkembangan pokok termasuk bunga dan buah.

Unsur K adalah kunci kepada pembentukan klorofil dalam daun.

Kekurangan Kalium akan menghasilkan bunga dan buah yang kecil.

Ia juga membantu tumbuhan dalam melawan penyakit.




Secara umumnya, jika tumbuhan mendapat ketiga-tiga unsur ini, ia akan mudah menyerap nutrien-nutrien di dalam tanah dan udara untuk tujuan tumbesaran.

Kekurangan ketiga-tiga unsur ini akan menampakkan simptom pada daun (kurang Nitrogen), pertumbuhan terbantut (kurang Phosphorus) dan tidak berbunga (kurang Kalium).


Dah minat menanam kan...jadi perlu juga tahu ilmu serba sedikit berkenaan baja kan...dulu buat tak tahu jer tapi sekarang perlu juga tahu kandungan dalam baja NPK untuk kesesuaian pokok-pokok yang ditanam...Formulanya senang jer...untuk pokok sayuran hijau perlu baja yang lebih Nitrogen...Untuk pokok berbunga pulak, perlukan baja yang lebih kandungan Kaliumnya....oh...barulah ku tahu....

Semoga info ini juga bermanfaat untuk semua....


SELAMAT BERCUCUK TANAM!!!😀

BAJA KULIT PISANG

Assalamualaikum dan selamat malam...

Kulit pisang

Kulit pisang jangan dibuang.... Boleh buat baja untuk kesuburan tanaman... Sebab pe... Sebab kulit pisang mengandungi nutrien yang mengandungi unsur-unsur kalium dan fosforus yang membantu tumbesaran akar & pertumbuhan pokok keseluruhannya...

Hanya 2 bahan yang digunakan :
Kulit pisang
Air secukupnya


Potong kecil-kecil kulit pisang dan masukkan ke dalam balang.
Isi air secukupnya.

Peram selama 3 hari. Selepas 3 hari air rendaman bertukar menjadi kekuningan. 

Tapis dan boleh digunakan.Siram pokok sayur-sayuran atau tumbuhan berbuah. 


SELAMAT MENCUBA!!!😃

POKOK-POKOKKU DISERANG KUTU PUTIH

Assalamualaikum & selamat malam...

Cabaran menanam pokok hiasan & sayuran adalah serangan serangga perosak.... Selalunya yang selalu menyerang pokok-pokok sayuran dan bunga saya ialah kutu putih atau bena putih...

Bila dah banyak berkumpul kat pokok-pokok tu rasa geli pun ada.... Ada kutu ni mesti ada semut jugak... Serangan kutu ni akan menyebabkan daun menjadi kerinting.... Aduhai... Pening kepala bila serangga ni menyerang.... Kalau dibiarkan akan menyebabkan pokok-pokok ni mati... Huhu..

Daun menjadi kerinting akibat serangan kutu putih

 
Habis pucuk daun jadi kerinting

Kutu menyerang putik bunga raya... 

Kutu berkumpul di putik bunga raya

Kutu putih ni suka menyerang pokok-pokok bunga raya... Suka berkumpul kat pucuk2 daun  & putik bunga... Ia akan menghisap nutrien yang ada pada pucuk daun & putik bunga tersebut.... Akibatnya bunga tidak akan berkembang....






Pokok tomato saya juga diserang kutu-kutu putih.... Risau juga memberi kesan kepada tumbesaran buah-buah tomato.... Huhu...





Kutu-kutu putih juga menyerang pokok ulam raja saya...nampaknya saya perlu buat sesuatu untuk hapuskan kutu-kutu putih ni sebelum merebak kepada pokok-pokok yang lain...