Selasa, 14 April 2020

KOLEKSI ROSE JEPUN PKP

Assalamualaikum dan salam Selasa...

Pkp dilanjutkan lagi bermakna masa banyak dihabiskan dengan membelai bunga-bunga dan tanaman di halaman rumah...benarlah apa yang berlaku ada hikmahnya...ada pokok-pokok bunga kat laman ni at least ada juga aktiviti nak dibuat...taklah berkurung jer dalam rumah...

So, dalam masa pkp lah nak tabur baja,pindahkan pokok dalam pasu,susun atur pasu bunga,semai bunga...trimming pokok,semai anak benih...alahai...pendek kata tak menang tanganlah...kesan kerentungan kulit dek panahan mentari tu biasalah kan...nama pun berkebun...nanti seminggu nak naik kerja kita berkurung dalam rumah bagi putih balik...hahaha...

Jom...nak up gambar-gambar koleksi terkini rose jepun...setelah setahun usaha menanam pokok-pokok ni...dari sikit dah jadi bertambah-tambah pasu...penuh dah ruang laman...sampaikan en suami dah mengeluh takde laluan...hihi...xpelah kan daripada semak dengan lalang...baik semak dengan pokok-pokok bunga...laman pun cantik...betul tak???

Pasu atas pagar pun ada...yg ni merah menyala bunganya...


Atas pagar juga...kuning menyerlah gitu...

Warni warni...gabungan 3 jenis warna oren,kuning & pink.

Alhamdulillah...asalnya beberapa pasu jer koleksi rose jepun ni tapi sekarang  dah jadi beratus pasu,warna dan jenis bunga...dah macam taman bunga pulak...tapi memang itulah impiannya...nak jadikan taman mini bunga...

Taman mini berwarna warni

Koleksi rose jepun jambul diletakkan di sini...

Letakkan rose jepun carnation setempat...senang nak pantau...

Bunga-bunga berkembang selepas pukul 10...masa tu cantik yakmat...

Jenuh nak kira pasu tu...sebab dah banyak sangat...

Bunga gantung buat dari botol mineral pun ada...recycle bahan terbuang jer...

Intai dari tingkap pun jadikan...

Sejuk jer mata memandang kan...

Jom cuci-cuci mata gambar koleksi rose jepun saya dengan lebih dekat...


Koleksi rose jepun carnation...

Rose jepun carnation merah...


Rose jepun carnation pink...


Rose jepun carnation peach


Rose jepun carnation oren


Deretan pasu rose jepun carnation...penuh laman...


Rose jepun carnation warna warni


Rose jepun carnation


Rose jepun carnation merah menyala...


Indahnya....


Rose jepun carnation purple...


Rose jepun carnation


Rose jepun carnation kuning...


Rose jepun carnation purple batik...


 Ada lagi....koleksi rose jepun selapis pulak...

Rose jepun selapis










Bunga gantung pun ada...

Rose jepun ditanam di dalam pasu gantung...cantik kan...


Cantikkan...berseri-seri laman...

















Selasa, 24 Mac 2020

ROSE JEPUN CARNATIONKU... ALAHAI MELTINGNYA TENGOK....

Assalamualaikum dan selamat malam....



Entry sebelum ni berkaitan tapak pasu yang saya letak untuk rose jepun carnation saya... Masa tu sempat letak 10 tapak jer... Alhamdulillah sekarang dah settle semua... 20 pasu rose jepun carnation dah ada kaki baru hehe...

Jom tengok koleksi rose jepun carnation saya.... Alahai... Saya tengok hari-hari pun dah melting.... Sejuk jer mata memandang....


























Cantik kan.... Dah letak tapak  baru kat pasu-pasu tu lagilah berseri-seri laman rumah.... Terserlah keindahan rose-rose jepun carnation ni... Hari-hari tengok pun tak jemu mata memandang.... ❤๐Ÿงก๐Ÿ’›๐Ÿ’œ๐Ÿ’š๐Ÿ’™

ROSE JEPUN CARNATION DAH ADA KAKI BARU

Assalamualaikum dan selamat malam...

Alkisahnya dah lebih sebulan usia rose jepun carnation ni... Alhamdulillah pokok makin gemuk.... Bunga pun dah banyak...tapi tulah akarnya dah terkeluar dari dasar pasu dan mencengkam tanah.... Kena buat sesuatu ni... Kena alas dasar pasu supaya akar pokok ni tak jejak tanah...



Akar pokok dah mula keluar dari dasar pasu. 


Akar mencengkam kuat tanah. Nak tarik pasu pun susah... Huhu... 

Bukan pe... Takut bila dah akar cecah tanah, ia akan menyerap nutrien yang berlebihan dari tanah... Nanti mabuk daun tak nak keluar bunga pulak...

Tapak pasu yang saya beli



So,saya belikan tapak baru untuk rose jepun carnation ni...kedudukan pokok bunga lebih tinggi dan lebih cantik...

Jom cuci-cuci mata tengok koleksi rose jepun carnation setelah mendapat kaki baru.... Hehe...










Cun kan lepas dipakaikan kaki baru pasu-pasu rose jepun carnation ni... Tapi baru sempat boh 10 kaki.... Esok-esok pasang pulak kaki untuk pasu-pasu yang lain yer...

KHASIAT BAJA KULIT TELUR




Baja organik kulit telur

Baja organik yang diperbuat daripada kulit telur amat bermanfaat dalam membekalkan kalsium bagi tanaman.


Dalam kulit telur mengandungi komposisi nutrien yang baik untuk tumbesaran tanaman. Ia terdiri daripada:
94% kalsium karbonat
1% magnesium karbonat
1% kalsium fosfat
4% bahan organik terutamanya protein.
Bahan-bahan sangat membantu tanaman hidup dengan subur.


Antara fungsi kalsium daripada kulit telur ini ialah :
1. Memberi daya tahan pokok/ menguatkan tanaman.
2. Mengeraskan batang/kayu pokok.
3. Merangsang pertumbuhan akar.
4. Merangsang pertumbuhan biji/bunga/buah.


Baguskan baja organik kulit telur ni.... So,  jangan buang kulit-kulit telur lepas ni yer... Kumpul dan buat baja organik...


HAPPY GARDENING!!!๐Ÿ˜‰