Musim pkp ni banyak masa nak membelai bunga-bunga di taman...baja cukup,air cukup,cahaya cukup...ditambah lagi dengan hujan yang turun hampir setiap hari...menyegarkan dan menyuburkan tanaman yang ada di sekeliling kawasan rumah...bunga-bunga pun berkembang dengan mekar di waktu pagi saat terkena pancaran matahari...
Post kali ni nak up pulak koleksi rose jepun jambul yang terkini...meriah pulak bunganya...sebelum ni susah nak tengok bunga-bunganya kembang serentak...moment-moment indah begini tak mungkin dilepaskan begitu sahaja...apa lagi handphone di tangan bersedia untuk snap bunga-bunga yang sedang mekar berkembang...
Jom jamu-jamu mata...
Cantiknyer bunga rose jepun ni time bunganya berembang...biasanya dalam pukul 10 ke atas bunga-bunga dah mula berkembang sepenuhnya...hmmm...time ni lah seronok nak tengok dan amik gambar....tapi yang tak bestnyer dalam pukul 3 petang,bunganya akan mula kuncup balik....nak tengok bunganya kembang semula...kena tunggu pukul 10 pagi esoknya pulak...
Rose jepun jambul ni pun ada nama-nama khasnya mengikut corak dan warnanya...
Cantik-cantik belaka warnanya...
HAPPY GARDENING!!!🥰🥰🥰