|
Baja organik kulit telur |
Baja organik yang diperbuat daripada kulit telur amat bermanfaat dalam membekalkan kalsium bagi tanaman.
Dalam kulit telur mengandungi komposisi nutrien yang baik untuk tumbesaran tanaman. Ia terdiri daripada:
94% kalsium karbonat
1% magnesium karbonat
1% kalsium fosfat
4% bahan organik terutamanya protein.
Bahan-bahan sangat membantu tanaman hidup dengan subur.
Antara fungsi kalsium daripada kulit telur ini ialah :
1. Memberi daya tahan pokok/ menguatkan tanaman.
2. Mengeraskan batang/kayu pokok.
3. Merangsang pertumbuhan akar.
4. Merangsang pertumbuhan biji/bunga/buah.
Baguskan baja organik kulit telur ni.... So, jangan buang kulit-kulit telur lepas ni yer... Kumpul dan buat baja organik...
HAPPY GARDENING!!!๐