Hari ini saya nak berkongsi tips memulihkan pokok yang hampir mati kekeringan/layu....Guna nasi basi jer...Jadi lepas ni nasi yang basi jangan dibuang...tabur jer keliling tanaman anda...InshaAllah akan subur semula....
Tips nasi basi ini saya telah cuba aplikasikan pada pokok-pokok cili saya yang layu dan hampir mati....begitu juga untuk pokok-pokok bunga kertas, bunga ros dan bunga raya saya yang hampir mati kekeringan akibat kekurangan air...Alhamdulillah, setelah ditabur nasi basi, pokok ini hidup subur dan mengeluarkan bunga dan buah....
Ni pokok-pokok cili saya...Asalkan saya semai biji cili menggunakan kaedah hidroponik dan anak pokok cili hidup segar. Setelah beberapa minggu, anak pokok telah besar dan perlu dipindahkan ke pasu untuk menggalakkan pengeluaran buahnya... Malangnya setelah dipindahkan ke dalam pasu, pokok-pokok ini mula layu dan hampir mati. Mungkin terkejut kot....sedih sebenarnya waktu itu, yelah asalnya segar bugar, sehari lepas tu nampak macam nak mati pulak....
Jadi, saya aplikasikan tips penggunaan nasi basi. saya tabur keliling pokok cili dan gaul rata....Setelah beberapa minggu, pokok cili kembali segar dan mengeluarkan daun-daun baru.
Setelah pokok cili mengeluarkan tanda-tanda mengeluarkan bunga, saya pindah pokok-pokok cili ini dan tanam terus di tanah di tepi rumah....Alhamdulillah, pokok cili ini hidup subur, berbunga lebat dan sentiasa mengeluarkan cili tak putus-putus hingga sekarang. Lepas ni, kalau ada pokok-pokok yang layu, cuba guna baja nasi basi yer...InshaAllah, pokok akan subur semula...
Pokok-pokok cili saya layu dan hampir mati |
Semasa proses pemulihan, saya tabur baja nasi basi keliling pokok |
Gambar ni yang paling terkini....28.1.2020...masih berbuah tak berhenti... |
cili besar pun ade.... |
Gambar ini diambil semasa bulan 12.2019. Semakin lebat berbuah... |
Proses pemindahan pokok cili ke atas tanah... |
Post selepas ini, saya akan kongsikan kesan baja nasi basi ke atas pokok bunga kertas dan pokok bunga ros yang hampir mati...
Jadi, selepas ini, ingat!!! nasi basi jangan dibuang, boleh dibuat baja yer...