Ahad, 9 Februari 2020

OH BUNGA KERTASKU Part 2

Assalamualaikum dan selamat petang...

Entry sebelum ini saya post gambar pokok-pokok saya yang hampir mati kekeringan selepas seminggu ditinggalkan tanpa dijirus...First time tengok pokok-pokok bunga itu, hampir luluh hati saya hingga mengalirkan air mata...sampai tahap tu kan...yelah sayangnya saya pada bunga-bunga itu....sebelum ditinggalkan bunga-bunganya kembang mekar namun hanya ditinggalkan seminggu luruh habis bunga dan daunnya hanya tinggal ranting kekeringan...

Walaupun begitu, saya tidak berputus asa...Saya google cara nak kembalikan kesuburan pokok bunga yang hampir mati kekeringan...Salah satu tips yang diberi cuba letakkan nasi basi di keliling pokok yang hampir mati itu, InshaAllah pokok akan tumbuh subur semula...

Saya aplikasikan apa yang saya baca...mudah-mudahan pokok bunga kertas saya kembali mengeluarkan daun dan tunas-tunas baru....Saya tabur nasi basi di sekeliling pokok dan gembur-gemburkan tanahnya rata....hari demi hari...minggu demi minggu...Alhamdulillah, nampak perubahan yang positif...pokok bunga kertas mengeluarkan tunas-tunas baru dan menunjukkan tanda-tanda positif pokok-pokok ini akan subur semula...

Gembira sungguh hati saya melihat perubahan ini...usaha pemulihan berjaya...setelah daun mula tumbuh lebat saya tabur pula baja bunga untuk menggalakkan pertumbuhan bunga pula....Alhamdulillah, usaha ini berjaya dan pokok-pokok bunga kertas saya mengeluarkan bunga-bunganya semula...

Tips meletakkan nasi basi untuk memulihkan pokok bunga yang hampir mati akan saya aplikasikan sampai bila-bila....Selain diletak pada pokok bunga kertas, saya juga meletakkan nasi basi ini pada pokok bunga raya dan pokok bunga ros saya yang hampir mati...Alhamdulillah, berkesan juga....Apa agaknya nutrien yang ada pada nasi basi ye sehingga memberi kesan yang positif pada pokok-pokok yang hampir mati ni....Nanti bila dah dapat info berkaitan nasi basi ni saya akan kongsikan dalam post saya seterusnya ye...

Jom saya share gambar pokok-pokok bunga kertas saya selepas proses pemulihan....


Gambar hari pertama proses pemulihan....Saya tabur nasi basi sekeliling pokok dan gembur sebati.


Selepas beberapa minggu, tumbuh daun dan tunas-tunas baru....Pokok ros dan pokok bunga raya juga begitu...


Perubahan yang positif dari minggu ke minggu...


Kalau dilihat dari awal, macam mustahil jer pokok bunga kertas ni boleh hidup semula kan...tapi berkat kesabaran dan ikhtiar baja nasi basi pokok bunga kertas ni hidup semula....


Setelah ditabur baja bunga, kesannya pokok bunga kertas saya subur semula dan mula mengelurakan bunga....alhamdulillah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan