Berkebun salah satu aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.... Maka ia antara aktiviti yang menyihatkan... Selain itu,hasilnya boleh dimanfaatkan dan bolehlah berjimat... Kurang sikit belanja duit dapur...
Seronok sebenarnya bila dah mula berkebun ni...gembira tak terkata apabila pokok yang ditanam hidup subur dan mengeluarkan hasil....
Antara tanaman sayur yang ada di kebun saya ialah pokok cili,tomato,pisang,serai,ulam raja, bayam brazil,pokok kari, pokok limau purut & limau kasturi,pokok kunyit, pokok lengkuas,pokok bawang, pokok bunga telang,daun kesum dan kangkung...semuanya dalam proses tumbesaran...
Alhamdulillah...walaupun pada mulanya saya rasa sangat mustahil untuk bercucuk tanam di tepi rumah yang sekangkang kera ini kerana struktur tanah tambak yang keras dan berbatu-batu, namun usaha kini membuahkan hasil... Semua tanaman saya hidup dengan subur.. Cili & kangkung telah dituai beberapa kali dan sehingga kini masih hidup subur...
Jom cuci-cuci mata tengok pokok-pokok sayuran di kebun saya... Impian tu nak tanam semua jenis sayur... Nak jadikan laman herba... Masih dalam proses semaian dan tumbesaran... InshaAllah, saya akan update dari semasa ke semasa...
Pokok cili |
Pokok cili |
Pokok cili |
Hasil tuaian |
POKOK TOMATO
Pokok tomato |
POKOK LIMAU PURUT
Pokok limau purut |
POKOK PISANG
Pokok pisang |
BAYAM BRAZIL
Bayam brazil |
KANGKUNG
Kangkung |
Hasil tuaian kangkung... |
POKOK SERAI
pokok serai |
POKOK PANDAN
Pokok pandan |
Pokok pandan |
POKOK BAWANG
Pokok bawang |
POKOK KUNYIT
Pokok kunyit...berbunga dah ia... |
ULAM JAMBAK
Ulam jambak |
POKOK KARI
Pokok kari |
POKOK BUNGA TELANG
Pokok bunga telang |
POKOK DAUN KESUM
Daun kesum |
POKOK LIMAU KASTURI
Pokok limau kasturi... Dalam proses pertumbuhan |
POKOK ULAM RAJA
ulam raja |
SELAMAT BERKEBUN!!! BERBUDI KEPADA TANAH!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan