Khamis, 27 Februari 2020

BUNGA RAYAKU BERPINDAH TANAH

Assalamualaikum dan salam Jumaat...

Hari ni nak update pokok bunga raya berpindah tanah dari rumah di Baling ke rumah di Sungai Petani...walaupun rumah di Sungai Petani rumah hujung minggu sahaja tetapi nak ada keserian jugak kan.... Niat di hati nak juga tanam pokok-pokok bunga.. Tapi pokok bunga yang tahan lasak lah yer...pokok yang tahan seminggu tak dijirus...

Sebelum ditanam

Struktur tanah yang keras dan berbatu-batu... Habis melepuh tangan-tangan nak mencangkul lubang..ditambah dengan musim kemarau....namun gagahi jugak untuk memenuhi impian... 


Taraaa... Inilah hasilnya setelah berhempas pulas mencangkul tanah yang berbatu-batu... Habis sompek-sompek mata cangkul... Hihi...
Pokok siap ditanam... 

Air di dalam botol diletak bagi tujuan siraman(self-watering) yang menjimatkan....bekal untuk seminggu... Cara nak buat tu nanti saya share ye pada entry yang lain... Senang jer....

Harap-harap pokok bunga raya merah ni akan hidup subur di tempat baru...Amiin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan