Khamis, 27 Februari 2020

ROSE JEPUNKU (27 FEBRUARI 2020)

Assalamualaikum dan selamat malam... 

Hari ni nak up lagi gambar rose jepun saya pada hari ni.... Semakin banyak yang keluar bunga.... Tak nak lepaskan moment bila bunga-bunga rose jepun ini berkembang... 


Rose jepun carnation


Rose jepun selapis










Rose jepun jambul




Rose jepun jambul


Rose jepun jambul












Rose jepun carnation

Rose jepun carnation








Rabu, 26 Februari 2020

POKOK SAWI


Assalamualaikum dan selamat malam...

Seronok sebenarnya berkongsi minat dengan orang lain... Selain berkongsi tip2 berkebun boleh juga berkongsi hasil kebun...Berkebun bukan sekadar menyihatkan badan tapi dalam masa yang sama boleh mendatangkan pendapatan... Yelah hasil tanaman boleh dijual kepada rakan-rakan terdekat...

Hari ini saya cuba nak kongsikan pokok sawi yang saya cuba tanam buat kali pertama... Sekarang masih dalam proses semaian... Tak sampai seminggu lagi pun... Tapi naik dah anak-anak pokok sawi ni... Seronok dapat melihat pertumbuhan pokok sawi dari anak benih hingga menjadi anak-anak pokok sawi...


Biji benih sawi yang saya gunakan... 


                               23.2.2020
Biji benih sawi selepas 4 hari disemai.... Nampak biji benih sudah mula bercambah...



Esoknya 24.2.2020
Anak-anak pokok sawi telah mula memunculkan diri.. 


Sehari selepas itu 25.2.2020
Saiz anak-anak pokok sawi semakin membesar... 


Hari ini  26.2.2020
Anak-anak pokok sawi semakin membesar... 


Harap anak-anak pokok sawi ini akan terus membesar dan hidup subur...moga dapat merasa sawi tanaman sendiri... Amiin.. Nanti saya akan update perkembangan pokok-pokok sawi ini dari semasa ke semasa...



KOLEKSI ROSE JEPUNKU (FEBRUARI 2020)

Assalamualaikum dan selamat malam... 

Entry kali ni nak up koleksi terkini rose jepun di laman saya yang sedang kembang mekar.... Kalau boleh setiap hari nak snap gambar rose jepun ni...nak tengok perkembangannya hari ke hari.... Tak berkelip mata tengok bunga-bunganya yang mekar berkembang warna warni.... Melting sangat.... 




















Bunga gantung pun dah mula berbunga banyak....




Saya akan up gambar terkini dari semasa ke semasa yer.... Tunggu....

Isnin, 24 Februari 2020

TANAMAN KEBUNKU

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Berkebun salah satu aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.... Maka ia antara aktiviti yang menyihatkan... Selain itu,hasilnya boleh dimanfaatkan dan bolehlah berjimat... Kurang sikit belanja duit dapur...

Seronok sebenarnya bila dah mula berkebun ni...gembira tak terkata apabila pokok yang ditanam hidup subur dan mengeluarkan hasil....
Antara tanaman sayur yang ada di kebun saya ialah pokok cili,tomato,pisang,serai,ulam raja, bayam brazil,pokok kari, pokok limau purut & limau kasturi,pokok kunyit, pokok lengkuas,pokok bawang, pokok bunga telang,daun kesum dan kangkung...semuanya dalam proses tumbesaran...

Alhamdulillah...walaupun pada mulanya saya rasa sangat mustahil untuk bercucuk tanam di tepi rumah yang sekangkang kera ini  kerana struktur tanah tambak yang keras dan berbatu-batu, namun usaha kini membuahkan hasil... Semua tanaman saya hidup dengan subur.. Cili & kangkung telah dituai beberapa kali dan sehingga kini masih hidup subur...

Jom cuci-cuci mata tengok pokok-pokok sayuran di kebun saya... Impian tu nak tanam semua jenis sayur... Nak jadikan laman herba... Masih dalam proses semaian dan tumbesaran... InshaAllah, saya akan update dari semasa ke semasa...



 POKOK CILI


Pokok cili

Pokok cili

Pokok cili


Hasil tuaian


POKOK TOMATO

Pokok tomato



POKOK LIMAU PURUT

Pokok limau purut

POKOK PISANG

Pokok pisang


BAYAM BRAZIL

Bayam brazil


KANGKUNG
Kangkung


Hasil tuaian kangkung... 


POKOK SERAI
pokok serai

POKOK PANDAN
Pokok pandan

Pokok pandan

POKOK BAWANG
Pokok bawang

POKOK KUNYIT
Pokok kunyit...berbunga dah ia...



ULAM JAMBAK
Ulam jambak


POKOK KARI
Pokok kari


POKOK BUNGA TELANG
Pokok bunga telang

POKOK DAUN KESUM
Daun kesum


POKOK LIMAU KASTURI

Pokok limau kasturi... Dalam proses pertumbuhan


POKOK ULAM RAJA

ulam raja


SELAMAT BERKEBUN!!! BERBUDI KEPADA TANAH!!!