Assalamualaikum dan salam Jumaat...
|
Tomato bertukar warna |
First time tanam pokok tomato.... Dari semaian biji benih...2 pokok berjaya tumbuh dan alhamdulillah sekarang sudah mengeluarkan buah....
Jom ikuti jurnal pokok tomato saya yer.... Gambar dari mula tanam tak snap pun...ambil gambar bila pokok ni mula mengeluarkan buah.... Excited tu lain macam....
23 Januari 2020...Pokok tomato mula mengeluarkan buah... Ada 3 biji kesemuanya....
4 Februari 2020...Bilangan buah tomato semakin bertambah... Dari 3 biji bertambah menjadi 5 biji.... Alhamdulillah...
10 Februari 2020...masa ni pokok tomato mula diserang bena/kutu putih... Sedih rasanya...risau pulak bena-bena ni menyerang bunga-bunga dan buah tomato yang baru muncul.
Untuk mengatasi masalah kutu putih ni saya sembur pokok dengan racun organik brogard selama 3 hari berturut-turut pada waktu hampir senja...
Alhamdulillah... Semburan berkesan dan bena mula berkurangan dan mati. Lega rasa di hati...
19 Februari 2020...Dari hari ke hari buah tomato semakin membesar saiznya... 2 minggu sekali letak baja buah di pangkal akar untuk menggalakkan pengeluaran bunga dan buahnya.
27 Februari 2020...Buah tomato mula bertukar warna.... Sikit hari lagi bolehlah merasa buah tomato tanam sendiri...
Happy gardening!!!! 🥰🥰