Sabtu, 7 Mac 2020

ROSE JEPUN CARNATION

Assalamualaikum dan selamat malam...

Hari ni nak up rose jepun carnation...setelah sebulan lebih usianya...dah mula berbunga meriah... Alhamdulillah....cukup cahaya, baja & air itu tipsnya....dengan izin Allah....












Jom jamu mata lagi....


Pink batik

Pink

Kuning peach

Kuning

Oren

Oren cair

Merah cair

Purple batik

Merah

Pink gelap

Putih

Oren kekuningan

Purple



Khamis, 5 Mac 2020

HASIL KEBUNKU

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Hasil kebunku... Kangkung, tomato & cilipadi


Hari ni nak update hasil kebun tepi rumah yang berjaya dituai.... Walaupun hasilnya seciput tapi sekurang-kurangnya tercapai hajat nak merasa hasil tanaman sendiri...

Cili padi sedia-sedia dipetik di tepi laman begitu juga kangkung lebih 3x dipetik sehingga sekarang masih hidup subur... Tapi kali ni rezeki saya dapat merasa tomato hasil tanaman sendiri.... Excitednya lain macam... 2 biji tomato yang telah masak ranum... Bolehlah dimasak asam pedas... Hehe...



Cili padi
Cili padi... Alhamdulillah sejak mula berbuah,  memang pokok tak henti-henti mengeluarkan bunga dan berbuah.... Sekarang ni kalau nak guna cili padi memang tak payah beli dah....



Pokok kangkung
Kangkung pulak.... Dah kali ke-3 di petik.... Pokok masih hidup subur dan sentiasa mengeluarkan pucuk-pucuk baru....


Buah tomato dah masak ranum
Tomato.... Tak sangka sebenarnya boleh merasa buah tomato tanam sendiri... Aduhai excited sangat.... Setakat ni  2 biji buah tomato berjaya dipetik...

Cili padi & tomato dipack kemas barulah disimpan di dalam peti bagi mengekalkan kesegarannya...

Tips tanaman hidup subur senang jer... Cukup cahaya,cukup air, cukup baja... InshaAllah...tanaman hidup subur...


HAPPY GARDENING!!!🥰🥰😍😍

Isnin, 2 Mac 2020

POKOK TOMATOKU

Assalamualaikum dan selamat malam...

Tomato yang cukup ranum

Alhamdulillah....berpeluang merasa tomato tanam sendiri.... 

Cabaran bercucuk tanam di tanah kering dan berbatu-batu....namun itu bukan alasannya... Nak pokok subur 3 item yang perlu dijaga... Cahaya cukup,air cukup,baja cukup, InshaAllah pokok akan hidup subur...

Begitu juga pokok tomato saya... Cubaan menanam kali pertama membuahkan hasil... Memberi semangat untuk terus bercucuk tanam...

Menunduk pokok tomato ni dek kerana beratnya buah.... 


Cute jer tomato-tomato ni kan... 

Tunggu masa untuk bertukar warna


2 pokok tomato kesayangan

Moga terus berbuah... Aamin... 


HAPPY GARDENING!!!😘

Sabtu, 29 Februari 2020

ROSE JEPUN (29.2.2020)

Assalamualaikum dan selamat malam...

29.2...4 tahun sekali nak jumpa lagi tarikh ni....so,  sempena tarikh yang unik ni saya nak post gambar kemeriahan bunga-bunga rose jepun saya bertarikh 20.2.2020...





















 Untuk video boleh klik sini... KOLEKSI BUNGA..