Isnin, 27 Januari 2020

KOLEKSI ROSE JEPUN

Assalamualaikum dan selamat malam...

Kali ni saya nak kongsikan koleksi rose jepun yang telah saya tanam...Benih keratan rose jepun ni kebanyakan saya beli secara online...Ada 3 jenis koleksi rose jepun yang saya ada iaitu Rose Jepun selapis, Rose Jepun jambul dan Rose Jepun Carnation...Setiap jenis Rose Jepun saya tanam di dalam pasu yang berbeza bentuk supaya senang nak kenalpasti dan mengelakkan kekeliruan...

Jom cuci-cuci mata...


KOLEKSI ROSE JEPUN SELAPIS
Untuk koleksi Rose Jepun selapis saya tanam dalam pasu 'rectangle'...Setakat ni terdapat lebih kurang 20 jenis Rose Jepun selapis...

putih belang kuning

peach pink

putih belang pink

peach pink (shape bunga berbeza)

putih belang pink

kuning belang oren

pink belang kuning

pink gelap

purple

kuning oren

putih belang merah

kuning belang pink

oren kemerahan

pink kekuningan

pink belang kuning

putih bintik pink

merah keorenan

kuning kemerahan

merah kekuningan

purple kekuningan

kuning



AWAL PROSES MENYEMAI...TAK SABAR NAK TENGOK HASILNYA SELEPAS 3 MINGGU....HARAP KEMBANG MEKARLAH BUNGANYA...



KOLEKSI ROSE JEPUN CARNATION
40 lebih koleksi Rose Jepun Carnation yang saya ada...Seronok tengok bunga-bunga Rose Jepun ni kembang mekar...Nama-nama jenis bunga tu bukan saya yang letak ye memang penjual yang letak nama-namanya....so, memang namanya ada yang macam pelik sikit...tapi takpe yang penting bunga-bunga memang lawa sangat-sangat....memukau mata yang memandang....























Koleksi Rose Jepun carnation ni saya tanam dalam bekas bulat berkaki....


SELEPAS PROSES MENYEMAI....LIHAT HASILNYA SELEPAS 3 MINGGU NANTI...


20 koleksi lagi....jom tengok-tengok...lagi mengancam warnanya...
























KOLEKSI ROSE JEPUN JAMBUL
Jenis jambul ni nampak cute jer...keratan batangnya saya beli dari online juga...dari Perlis gitu....
Ada 15 variasi warna...Saya tanam dalam bekas bulat berwarna coklat...nama jenis bunga ni pun bukan saya yang letak memang sedia ada dari penjual....yang penting memang cantik....



















SEMASA PROSES SEMAIAN KE DALAM PASU BARU....NANTI LIHAT HASILNYA SETELAH 3 MINGGU

Alhamdulillah, setakat ni saya ada hampir 75 koleksi  variasi warna Rose Jepun...Harap dapat hidup subur dan berkembang mekar seperti yang diharapkan....Nanti lepas 3 minggu saya update lagi hasil tanaman bunga Rose Jepun saya yer...teringin juga nak jadi usahawan bunga Rose Jepun ni....hehe...




Sabtu, 25 Januari 2020

TIPS PENANAMAN & PENJAGAAN HYDRANGEA

HYDRANGEA

Hydrangea atau lebih dikenali dengan nama tempatannya sebagai bunga Siti Zubaidah memang cantik dipandang. Bunga ini juga dikenali sebagai bunga 3 bulan mungkin disebabkan bunga ini mengambil masa/bertahan 3 bulan untuk kembang mekar. Dengan kata, bunga ini juga akan bertukar warna setiap 3 bulan mengikut pH tanah. Walaupun cantik di mata, namun bunganya tidak berbau harum sepertimana bunga rose tetapi hydrangea mempunyai kelasnya yang tersendiri...nampak eksklusif gitu...manakan tidak ia menjadi hiasan di pelamin-pelamin nan indah, hiasan hantaran dan hiasan di meja-meja hotel...cantik sangat kan....


Sumber google (Hydrangea pelbagai warna)


TIPS TANAM BUNGA HYDRANGEA

1. Pemilihan lokasi - lokasi yang sesuai

  • Pokok ini memerlukan panas pagi selama 6 jam dan teduh bila petang.
  • Bila panas terlampau sangat, bunga hydrangea akan layu.
  • Bila teduh sepanjang hari, hydrangea tidak akan berbunga.    


2. Bunga hydrangea ni cepat layu bila kurang air. Siram 2x sehari (pagi dan petang).


Sumber google (Hydrangea putih)

3. Jangan siram masa tengah panas sebab daun akan melecur. Kalau nak siram juga pastikan tak kena daun sebab akan melecur keperangan.

4.  Jarakkan setiap pokok sebanyak 2 kaki sebab pokok hydrangea sangat cepat membesar dan bercabang. Ruang yang sempit akan membantut tumbesaran pokok. Pokok hydrangea ini boleh jadi tinggi dan rimbun. Daunnya cepat membiak dan pucuk bercambah.


Sumber google (Hydrangea pink)


5. Masukkan tanah hitam organik ke dalam lubang sebelum tanam hydrangea untuk pastikan dapat zat.

6. Baja setiap 2 minggu untuk membolehkan pokok selalu berbunga dan berkembang daunnya. Guna baja organik. Letakkan sesudu kecil di atas tanah dan jangan tersentuh batang pokok. Letak berdekatan dengan akar di bawah tanah untuk memudahkan akar menyerap zat baja apabila disiram.


Sumber google

7. Potong bunga hyrangea yang dah makin layu untuk menggalakkan pucuk baru dan bunga baru keluar. Bila dipotong, pucuk baru akan naik di cabang lain dan pokok cepat tinggi.

8. Cabut rumput sekeliling pokok. Ini untuk mengelakkan rumput akan curi zat dan jadi pesaing.


Sumber google

9. Kawal serangga yang suka makan daun pokok. Sembur cuka kayu seminggu sekali untuk cegah perosak.

10. Tanam pokok pun perlu ada kasih sayang. Setiap hari lawat dan belailah pokok-pokok tu. Orang lama-lama kata cuba bersembang dengan pokok..hehe....moga pokok dapat hidup subur dan sihat.


Sumber google


SELAMAT MENANAM!!!😊


TIPS TANAM & JAGA ROSE JEPUN

Assalamualaikum dan selamat pagi....

Koleksi Rose Jepun Carnation...

Entry ini masih berkaitan Rose Jepun....bagi peminat-peminat Rose Jepun pasti tercari-cari tips-tips dan info-info berkaitan Rose Jepun....mesti nak pokok yang kita tanam sentiasa berbunga kan...

Koleksi rose jepun selapis...


Sebelum ni memang main tanam jer Rose Jepun ni...dapat benih keratan tu cucuk-cucuk jer atas tanah...memang hidup...tapi bunganya tak semeriah yang diharapkan...frustlah jugak...so, google punya google...search kat internet info-info berkaitan Rose Jepun rupa-rupanya ada caranya jugak tanam Rose Jepun ni....hmmm... patutlah...dan alhamdulillah setelah apa yang dibaca dipraktikkan maka hasilnya sangat memberangsangkan.

Rose jepun jambul...

Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan beberapa tips penanaman dan penjagaan Rose Jepun yang saya tahu untuk panduan bersama peminat-peminat fanatik Rose Jepun :




1. Tanam keratan Rose Jepun pendek-pendek

     Kenapa kena kerat pendek-pendek?

  • Keratan pendek merangsang pokok tumbuh dengan cepat. Ambil keratan yang segar bugar/ gemuk lagi cepat tunas baru tumbuh dengan lebih cepat.
  • Lagi banyak cabang, lagi cepat pokok tumbuh menutupi pasu.
  • Keratan pendek akan menghasilkan pokok tumbuh secara menegak.     
 
    Apa jadi kalau tak kerat pendek-pendek? Terus cucuk dalam tanah jer...

  • Boleh jer tapi pokok tumbuh tak cantik macam kalau cucuk pendek-pendek.
  • Pokok juga akan lambat besar sebab akar yang tumbuh terpaksa menyerap zat untuk bunga yang masih ada pada keratan yang ditanam. Jika bunga dibuang, zat itu akan digunakan untuk membesarkan tunas/pucuk baru. So, senang cerita buang jer bunga yang sedia ada pada keratan tadi. Jangan risau nanti keluarlah bunga baru.      


     Berapa panjang keratan yang pendek-pendek tu?

  • Lebih kurang 3-5 cm



2. Tanam jarak-jarak dalam pasu dan tanah yang gembur.

  • supaya pokok tak berebut zat di antara satu sama lain. Bila kurang persaingan, pokok akan cepat hidup subur dan sihat. Mesti tanam dalam tanah yang gembur untuk pengairan yang baik dan perkembangan akar pokok. Kalau tanah keras pokok Rose Jepun memang tak akan dapat hidup subur.


3. Kena direct matahari (100% kena panas)

  • Pastikan pokok kena direct cahaya matahari. Cahaya matahari yang cukup akan menyebabkan pokok dapat berbunga dengan banyak dan kembang sepenuhnya.Dengan erti kata lain, Rose Jepun dan cahaya matahari memang tidak dapat dipisahkan.



4. Siram 2x sehari (pagi dan petang)

  • Mesti siram 2x sehari...kalau malas sangat pun waktu pagi wajib siram kecuali kalau hari hujan. Siram waktu pagi sebelum bunga berkembang antara pukul 7.00 hingga 8.00 pagi. Waktu petang pulak dalam pukul 6.00 petang bila bunga dah mula menguncup...Takut rosak bunga-bunga tu nanti.


5. Baja sesudu kecil sekali seminggu atau dua minggu sekali kalau malas sangat.

  • Tabur baja seminggu sekali ataupun dua minggu sekali. Kalau guna baja biji tabur sekata dalam pasu baru siram air.


6. Sembur racun organik seminggu sekali untuk cegah makhluk perosak

  • Rose Jepun mudah diserang kutu putih. Untuk cegah dan elak kutu putih tu kena rajin sembur racunlah ye. Seminggu sekali. Minggu pertama sembur dengan racun serangga dan minggu seterusnya sembur dengan cuka kayu.


Moga bermanfaat....SELAMAT MENANAM !!!😊😊

INFO PENANAMAN DAN PENJAGAAN ROSE JEPUN

Assalamualaikum dan selamat malam....

Rose jepun....alahai memang gila dengan bunga ni... obsess sangat...time berkembang aduhai cantik yakmat....
Sebenarnya ada beberapa info yang perlu diketahui berkaitan rose jepun..Nampak jer mudah nak tanam tapi sebenarnya tak semudah yang disangka...perlu penjagaan yang betul untuk memastikan bunganya sentiasa kembang mekar.







Jom kita baca info-info penting berkaitan rose jepun ni :

1. Rose jepun meriah berbunga bila dapat cahaya matahari yang penuh dengan erti kata lain kena letak pokok ni direct cahaya matahari ye...

2. Kena rajin bubuh baja barulah pokok ni rajin berbunga...Tabur baja 1 minggu sekali ataupun 2 minggu sekali. Di syorkan guna baja khas untuk Rose jepun ...ataupun kalau takde tabur jer baja kopi atau baja merah (baja bunga).

3. Rose jepun akan kelihatan kurus memanjang bila kurang cahaya matahari. So, pastikan pokok ni kena letak tempat yang dapat cahaya matahari sepenuhnya bukan tempat redup.

4. Rose jepun juga akan kurus bila tanah keras sebab akar tak akan dapat berkembang. So, pastikan tanah sentiasa gembur ye...kena rajin gembur...

5. Tanam Rose Jepun jangan terlalu rapat ....cukup 15-20 keratan untuk satu pasu. Kalau tanam banyak sangat terlalu banyak persaingan....berebut nutrisi tanah....tu yang pokok kurus...

carnation batik oren pink

carnation batik pink kuning

6. Rose Jepun suka tanah gembur dan air mudah mengalir. Guna tanah yang sesuai untuk tanam...Guna campuran tanah yang sesuai...

7. Rose Jepun jenis carnation (daun tajam) tahan air banyak dan lebih lasak pada musim hujan.

8.  Rose Jepun selapis dan jambul pula tak tahan air banyak dan musim hujan...batangnya mudah lembik dan lecur.

9. Rose Jepun adalah tumbuhan sekulen macam kaktus. So, ia tumbuhan yang mampu menyimpan air dalam batangnya untuk beberapa hari.

10.Sekulen bermakna akar pokok akan serap air sebanyak mungkin bila musim hujan...tapi yang tak bestnyer bila terlalu banyak serap air, lama kelamaan batang akan meletop dan pokok mudah mendapat jangkitan kulat dan buruk.

carnation batik oren merah

carnation vintage

11. Jika menggunakan baja kimia jenis biji-biji pastikan taburkan di sekeliling pasu secara sekata dan siram dengan air. Jangan longgok di satu-satu tempat. Baja kimia sebenarnya tidak bahaya seperti racun kimia yang bersifat toksik, ada yang salah faham kerana menganggap baja kimia berbahaya tetapi sebenarnya baja kimia adalah baja yang dihasilkan dan diolah bagi memudahkan pokok menyerap nutrisinya berbanding baja organik yang memerlukan masa yang lebih untuk mengurai dan mengalami proses pereputan seperti baja tahi ayam/kelawar.


12. Rose jepun akan mudah rosak jika hujan berhari-hari.

13. Ramai tokey@penjual bunga Rose Jepun akan stop jual bunga rose jepun bila musim tengkujuh kerana kualiti bunga yang kurang.

14. Kekerapan hujan banyak merosakkan pokok.

15. Untuk tanam Rose Jepun sepanjang tahun perlukan rumah perlindungan hujan terutamanya musim tengkujuh.

selapis merah kuning


selapis oren

16. Rumah perlindungan hujan benarkan cahaya matahari menembusinya tetapi tidak air.

17. Rumah perlindungan hujan mestilah berbumbung plastik jernih atau atap jernih.

18. Rose Jepun dan cahaya matahari tidak boleh dipisahkan.

19. Nama lain bagi Rose Jepun ialah bunga pukul sepuluh.

20. Rose Jepun yang digantung lebih mudah gebu berbanding yang ditanam atas tanah.

selapis purple kuning



selapis putih bintik2 pink


21. Ancaman Rose Jepun adalah kehadiran siput babi. Jika ada tabur racun siput.

22. Bena (serangga/kutu putih) jangan dibiarkan membiak akan menyebabkan pokok rosak.

23. Makanan bena ada pada batang lembut rose jepun dan bahagian pucuknya kerana di pucuk itu terdapat bendalir yang merupakan makanan kesukaan bena.

24. Kehadiran bena akan menyebabkan daun dan pucuk pokok kerekot dan lama kelamaan pokok akan mati.

25. Serangan virus daun kerinting/ pucuk hangus kehitaman akan membunuh semangat untuk menanam rose jepun.

selapis kuning



selapis merah

26. Serangan ini mampu merosak satu pasu atau setaman Rose Jepun.

27. Pokok yang terkena penyakit perlu diasingkan dari pokok-pokok yang lain supaya tidak berjangkit.

28. Sembur racun serangga/ racun organik seminggu sekali/2 minggu sekali untuk mengelakkan ancaman serangga.

29. Rawat pokok/pucuk kehitaman dengan memotong ranting/pucuk yang hitam, trim/togelkan pokok. Sembur racun organik "brogard" atau cuka kayu 1 kali sehari waktu senja selama 3 hari. InshaAllah tunas baru yang sihat akan naik.

30. Amalkan semburan racun organik seminggu sekali untuk cegah masalah bena dan penyakit.


selapis oren merah



selapis purple

31. Elakkan guna tanah bersabut tanam rose jepun kerana jika musim hujan tanah ini akan menakung air dan menyebabkan batang pokok menjadi lebam/lembik.

32. Tanah yang elok adalah tanah yang gembur, tidak keras dan mampu mengalirkan air dengan baik seperti tanah organik/tanah kompos. Campuran pelbagai jenis bahan tanah biasa, tanah hitam, sekam padi, bahan-bahan organik dan lain-lain.

33. Jika nak hasil Rose Jepun yang hidup subur, guna tanah yang elok, jaga baja, kena panas, jaga siram dan kawal perosak. InshaAllah berjaya!!!



Apa yang penting;

  • Guna tanah yang subur dan gembur
  • Direct cahaya matahari
  • Siram pagi & petang
  • Sembur racun organik setiap minggu untuk kawal perosak
  • Baja setiap minggu

carnation purple


carnation peach


carnation kuning


SELAMAT MENANAM!!!😊😊



Jumaat, 24 Januari 2020

SNAKE PLANT/ LIDAH MENTUA

Assalamualaikum dan selamat petang...

Entry kali ini berkaitan Snake Plant...ada juga orang panggil Lidah Mentua ataupun nama saintifiknya (SANSEVIERIA).Pokok ini mempunyai tekstur daun yang keras dan tumbuh cantik menegak...Pokok ini sangat mudah ditanam, tidak perlu dibaja hanya air dan cahaya matahari untuk hidup subur. Pokok ini sesuai diletakkan di dalam rumah dan di bawah redup matahari kerana tidak perlu disiram selalu,cukup seminggu sekali.

sumber google

Pokok lidah mentua ini juga cantik jika ditanam di dalam pasu yang panjang dan besar sebagai hiasan di sudut-sudut dalaman rumah, pejabat mahupun bilik-bilik khas. Kebiasaanya daunnya berbelang-belang hijau ataupun hijau kekuningan.

Untuk pengetahuan semua, pokok ini juga mampu menyerap karbon dioksida dan melepaskan oksigen lebih-lebih lagi pada waktu malam. Oleh itu, pokok ini sangat sesuai diletakkan di bilik tidur.
Tapi yang risaunya bukan apa takut ada haiwan menumpang pulak dalam pasu nanti...Jadi, kalau ada niat nak letak dalam bilik tidur tu kena kerap check pasu ye....

Pokok ini juga sesuai diletakkan di ruang mencuci pakaian/ bilik mandi kerana ia memiliki kemampuan menyerap gas bertoksik terhasil daripada produk pencuci, tisu tandas dan barangan penjagaan diri lain.

Pokok ini mempunyai aroma tersendiri seperti bunga lavender, ia juga dapat menghilangkan bauan kurang menyenangkan di rumah terutamanya di tandas dan dapur. Ia juga dikatakan mampu menyerap radiasi yang terhasil daripada penggunaan barangan elektronik seperti televisyen dan komputer. Maka, sangatlah elok pokok ini ditanam sebagai hiasan dalam rumah ye.


SELAMAT MENANAM!!!😊

ROSE JEPUN

Assalamualaikum dan selamat pagi....

POKOK ROSE JEPUN


Hari ini saya nak kongsikan info-info berkaitan rose jepun atau nama saintifiknya Portulaca Grandiflorani ataupun ada orang panggil pokok pukul sepuluh...sebab apa ekkk orang panggil pokok pukul sepuluh....sebab musababnya pokok ini akan berkembang sepenuhnya pada pukul 10.

Rose Jepun ni pokok yang mudah ditanam...cucuk-cucuk jer atas tanah senang nak hidup...cuma skill dan cara penjagaan yang betul akan menghasilkan rose jepun yang sentiasa berkembang mekar...Ia sangat cantik dijadikan tanaman hiasan, tanam di tepi-tepi pagar, gantung, tanam dalam pasu, ada juga yang tanam dalam tayar/besen. Bila bunganya berkembang serentak, MashaAllah cantik sangat-sangat...Tak kelip mata memandang...

ROSE JEPUN JENIS CARNATION




ROSE JEPUN JENIS SELAPIS


Rose Jepun banyak jenis dan warna, ada jenis selapis, jambul dan carnation...daun pun berbeza...boleh tanam satu jenis dalam satu pasu atau tanam pelbagai warna dalam satu pasu...terpulang pada citarasa masing-masing...

Nak tanam pokok ni memang senang, cucuk-cucuk jer atas tanah....cuma....nak bagi berkembang tu kadang-kadang frust...daun jer lebat bunga takde pun...huhu...

Cuba ikut tiga langkah mudah untuk tanam pokok Rose Jepun ni :

1. Kerat pucuk benih sepanjang 3 inci, dicucuk atas tanah dalam pasu. Jangan risau Rose Jepun mudah hidup.

2. Dalam 3 minggu Rose Jepun akan membesar dengan subur. Bubuh baja biji tabur dalam pasu.
Kalau pasu kecil, anggaran satu sudu kecil.
Tabur baja 1 kali seminggu atau 2 minggu sekali. Guna baja yang khas untuk Rose Jepun lagi bagus. Kalau takde tabur jer baja biji kopi (8:8:8) atau baja biji merah.

3. Pastikan pokok 'direct' matahari dan siram 2x sehari (pagi dan petang). Pagi sebelum pukul 8 pagi dan petang pukul 6 petang.


Daun Rose Jepun berwarna hijau ada dua jenis bulat-bulat(bunga selapis &jambul) dan bujur tajam (carnation). Daunnya akan bertukar menjadi kekuningan bila terlebih cahaya atau air. Daunnya juga berkhasiat untuk merawat luka ringan. Tumbuk jer daun-daun tu dan tampal pada bahagian yang luka.


SELAMAT MENANAM!!!😀